Monday, December 26, 2011

BILA JODOH TAK KUNJUNG TIBA

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Jodoh, rezeki, dan ajal maut adalah rahsia Allah. Hanya Allah yang berhak menentukannya. Manusia hanya berusaha semaksimal mungkin, baik secara lahiriah atau batiniah. Namun, jika berbagai usaha tlh kita tempuh namun belum mendapatkan titik terangnya,berdoa, ikhtiar dan bersabarlah... cepat atau lambat sang pujaan hati kan datang...;)..

Saudaraku... berdoalah dengan tiada henti, mengetuk pintu Arsyi, meminta dengan kebeningan dan kerendahan hati, mengakui kelemahan diri. Memohon agar diri ditemani sang pujaan hati agar hidup didunia kan kian bererti. Jangan lelah, jangan lemah saudaraku.. teruslah berharap dengan doa dan ikhtiar, yakinlah Allah memiliki cara terindah untuk mempertemukannya...

“Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiimi. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

“Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibatu amrii, faqdirhu lii wa yassirhu lii tsumma baariklii fiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii fashrifhu annii fashrifni ‘anhu waqdir liyal khaira haytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir”.

" Ya Allah pilihkanlah untukku dgn kekuantan ilmu-Mu, tentukanlah utkku dgn kehendak-Mu, Aku meminta kemurahan-Mu yg sangat luas, kerana Engkaulah Maha mengetahui apa yg tidak aku ketahui dan Engkaulah yg paling tahu hal2 yg ghaib. Ya Allah, jika ssuatu itu menurutMu baik bgi diriku, kehidupanku dan kesudahan perkaraku, maka pilihlah dia untukku dan mudahkan dia bagiku kemudian berkahilah dan seandainya ini menjadi malapetaka bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan perkaraku maka jauhkanlah dia dariku sejauh-jauhnya, dan berikanlah aku kebaikan dimana saja berada dan ridhailah aku karenanya (HR. Bukhari)."

Selain itu kita bleh mengamalkan do’a agar diberi jodoh dan keturunan yang baik, spt berikut:

Rabbi laa tadarnii fardan wa anta khairul waaritsiin. ( Ya Rabbku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah pewaris yang paling baik)( QS. Al-Anbiya : 89)

Namun jika tak kunjung tiba juga, mintalah ampun kepada Allah. Barangkali kesulitan itu karena dosa-dosa kita di masa lalu yang belum sempat kita bertaubat. Atau barangkali bisa jadi Allah sangat mencintai kita dan Dia menginginkan agar kita mendapatkan jodoh yang paling tepat dan waktu yang paling indah menurut-Nya..

Sunday, May 29, 2011

Terlanjur aku

Terlanjur aku dalam mengenalimu..
Salahkah aku menyanyangimu?
Terlanjur aku menyanyangimu..
Salahkah aku mencintaimu?
Terlanjur aku mencintaimu..
Salahkah aku merinduimu?
Salahkah aku memujamu?
Salahkah aku membahagiakanmu?

Aku ada sekeping hati..
Janganlah dirampas kiranya untuk disia-siakan,
Kiranya hanya untuk disakiti..
Kiranya untuk dilukai..

Wednesday, May 11, 2011

Dari kerana mata....

"Dari kerana mata yg mmpunyai 'kuasa', aku tergoda terkecewa..."

Teringat dengan bait2 lagu ni, hmm.. betol ke mata mampu mangubah segalanya? betul ke mata yang merungkai segalanya. emm, ntah la aku sndiri pn belum pernah mencari tafsiran ttg mata ni. mungkin kalian semua sedikit mengetahuinya, namun bagi aku dari mata kita dapat mengetahui tentang pemiliknya. mungkin hatinya tak mampu kita terokai, tapi takut jgak mana la tau mata pn pndai menipu..

Pertama kali terpandang matanya, mataku seakan kaku malah hatiku berdebar malah leh plak berkata-kata dialah jodohku.. Aduh gilakan? mana la aku kenal dia masa 2 leh lak sesuka ati aku je ckap gitu. Aku kenal la dia sape tapi mksudku tak kenal rapat, tu pn borak kat tmpat keje, masa tu mana la kenal rupa lg dh semua ttp, mata je mmandang. firt 1 tgok muke dia..hmm, dh 2 tu dia lak siap dua kali tegok, mgkin xprasan lg aku ni sape.. terus senyum.. lucu lak bila teringat masa ni. tapi masa xleh nk berputar balik mcm roda impian 2..huhu.. Masa tu juga la aku prasan dia la orang yg aku tegok masa kat parking motor ari 2, masa tu aku suka la tegok mamat ni sbb dia suka pkai beg galas.. mmg favourite aku la laki pkai beg galas ni.. xtau lak dia jugak la lelaki 2..

Dari kerana mata ni jugak la, buat diri aku jadi xkeruan.Dah mcm ayam berak kapur, huhu. Aku pn tak tahu la, mcmana aku leh rapat nga dia, seigat aku la. first time aku betol egok dia, bila kawan budak tmpat keje aku tu cuba mengusik kami. Masa tu aku baru selesai buat keje aku, tggal nk tulis je dlm buku keje n isi form tu, lngsung aku xprasan pn mamat tu, mklum la kononnya xmahu kenal rapat nga semua pekerja2 lain. Tengah2 dok menulis tu la, budak ni dok ckap nga aku dpan dia2 skali. " eh, mamat ni kim salam kat ko la".. aku msa tu cuma menjeling skdar sekilas pndang je.. tp sempat jugak la aku jwab.
" oh, yeke.. walaikumsalam, dh depan2 nape xckp sndiri.." hmm, aku biarkan saje jawapan begitu, lalu meninggalkn mereka, bg meneruskan tugasan.

Macamana yang aku xperasan pun kau wujud masa tu, rasanya xpernah tegok, atau aku yg buat xtahu. Entah la,dari hari tu kau mula meneggur ku,kita mula berbual bicara. Aku pn xtahu mcmana aku leh mesra dan selesa bila bercakap dgn mu, ntah mgkin sifat mu yg lebih matang. Padaku biar la, perjalanan ini dihiasi dengan redup pepohon.Dah lama cerita ini bermula, sekarang banyak yang telah berubah. Kau atau pn aku, hmm banyak yang membezakannya. Masa semakin beredar, kau dan aku masih disini, membatukan diri, menyepikan bicara hati, membiarkan semua berlalu tanpa mengharapkan ianya kembali. Oh sukarnya! sukar dimengerti hidup ini. Tiada apa yang ku nanti dihariku, hanya ingin melihat sepasang matamu, tanpa melihatnya jiwaku cukup resah. Biar la jika kau tidak mengerti, biarla kau mendiamkan diri,biar la jika kau tidak menyukai, tapi izin la ku mengintai dari sudut tirai hati ini. Maafkan ku memungkiri janji, tidak ku mengerti kehendak hati ini. Sungguhpun ku redha akan ketentuan ini, dengan melihatmu bahagia sudah mencukup

(19/5/2011)

Tadi, tika mataku terpandang matamu, lama.. Hatiku seakan kaku,beku di situ jantungku pula berdegup kencang, masa seakan terhenti disini. Pandangan apakah ini? Mata itu, mata yang sering ku impikan agar sentiasa memandang diei ini, tapi kenapa kali ini pandangan mata itu berlainan. Mata itu bulat memandang tajam padaku, tiada lagi mata redup, mata ceria yang sentiasa memancar sinar buatku. Tiada kutemui cahaya itu dari matamu.

Sungguh aku takut pada pandangan itu, sekilas terus aku meleparkan pandanganku ke arah lain, tidak sanggup rasanya sungguh aku tidak sanggup. Ya Rabbi, berikan hambamu ini kekuatan. Aku masih kaku tegak berdiri disitu, aku sprti tidak tahu uintuk berbuat apa2. Setelah kurasa kelibat mu sudah tiada disitu, aku cuba mengerakkan badanku rapat ke belakang, mengelak dari pandangan orang disebelahku,aku cuba mencari kekuatan ku gengam kerusi yang berada dibelakangku, lantas ku duduk mendiamkan diri, hatiku terpana, jiwaku kacau debaran jantung ini masih terasa. Ingin sahaja aku mengusap dadaku untuk menghilangkan sedikit debaran, tapi takut pula orang lain disebelah aku perasan dgn tindakan ku nanti. Tidak pernah sepanjang hidupkuaku merasa sebegini.Ya Allah, terkejutkah aku? tapi kenapa sampai begitu sekali, sedangkan sbelum iitu aku dapat merasakan kau sudah berada disitu. Aku memalingkan pandanganku sekadar untuk mendapatkan kepastian je.

Mataku mula berkaca, hatiku tiba-tiba sebak, sesak rasanya nafas ini air mataku sudah menunjukkan tanda2 mahu keluar. Ya Allah ya Tuhanku, beriku kekuatan dalam menghadapi situasi ini. Aku tidak boleh menangis, dia xboleh melihatku dlm keadaan begini. Egokah aku? lagipun apa kata orang lain bila melihat keadaan aku nanti. Aku tidak boleh menunjukkan kesedihanku. Kesedihan? sedihkah aku? entahlah!! aku pn xtahu kenapa denganku.

Aku mula mencari kekuatan ku tarik nafas sedalamnya, ku cuba bertenang tapi masih mendiamkan diri bagi menghilangkan debaran ini. Aku tidak boleh lama begini, nanti takut pula orang syak. Ku cuba menyambung kembali kerja2ku, namun kurasakan jiwaku kosong, fikiranku entah kemana perginya, hanya jasadku masih disini melakukan tugas ku.Apakah maksud pandangamu itu, marahkah kau padak? tapi kenapa atau ia hanya sekadar pandangan biasa. Tapi kenapa pula denganku, aduh sukar dimegerti..Ah! matamu itu membuaku tak keruan. Jam telah menunjukkan waktu untukku pulang, setelah aku sedikit tenang ku mengatur langkahku. Aku cuba buat seperti biasa2, senyum.. tapi kan bukan orng boleh nmpak pn. Apa la aku ni.

Sepanjang perjalanku ke tempat parkin, kepala ini tidak henti2 memikirkan apa yg telah berlaku padaku, apa yng berlaku pd kita. Kenapa? kenapa begini jadinya. Apakah perasaan ini? Aku terus hidupakn enjin kereta, takut jugak kalu tiba2 kete ni buat 'peragai' di Blik. Fuh! Alhamdulillah ok, lama aku disitu.

Aku masih memikirkan dirimu, tentang kejadian tadi. Air mataku xdapat dibendung lagi, kalu tadi boleh la aku tahan, tapi kali ni laju je dia mengalir. Aku menangis semahuku. Tapi untuk apa, aku sendiri tidak pasti, yg aku tahu ketika ini, aku ingin sekali melepaskan rasa sebak dihati ini, telah terbuku lama sejak dulu, sudah tiada kekuatan untuk diri ini.. kenapa begini? Sedangkan hakikatnya telah ku ketahui, telah kau nyatakan tak lama dulu. Ini semua salahku, kenapa diri ini tidak mengerti, kenapa jiwa ini masih menanti, kenapa hati ini sering mengingkari, kenapa fikiran ini hanya mengingati....

" keunggulan cinta dari sinar mata yang bergelora, kasih ditaman berbunga, satu impian satu harapan..."

Perlukah aku bagitau dia tentang perkara ini, tentang apa yg berlaku, tentang apa yg melanda hatiku kala ini. Tentang perasaaku, tapi untuk apakah.. untuk apa lagi, bukanya dia xtahu malah mungkin lebih arif, cuma buat2 tak tahu. Ah! sukar untuk aku memahami dirimu, telah kucuba. Masih keraskah hatimu?

OH IBU!!

Ibu..
Seperti udara kasih yang kau beri,
tak mampu ku membalasnya..

Oh ibu..
ingin aku datang menangis dibahu dan dakapanmu,
hingga aku terlena,
bagai masa kecil dulu..

Ibu...
didoamu kau sebutkn namaku..
sedangkan aku masih lena dibuai mimpi..

Ibu,
sedang kau membanting tulang, menghapuskan peluhmu..
anakmu pula menghabiskan sisa kudratmu itu..
masih layakkah bergelar anakmu??

layakkah aku bergelar anakmu??

Thursday, April 21, 2011

Ayahandaku!

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani..

buat aYahanda terCinta,
AndaInya aku maMpu unTuk meNgukir SeNyummu,
AndaInya aku mampu membelah resaH dihAtimu,
andainYa aKu mampU menghaPus dukamu,
andaiNya aku bisa menghilangKan keSAkitanmu,
Pasti Aku lah insAn yg palINg bAhagia..

Ayahandaku,
mAsih terbaYang Sayu pandaNganmu,
TidaK kau tunjuk sedikit kesaKitanmu,
kau lupa akan rintihan hatImu,
Hanya untuk menghilangkan resahku,

Oh!!! aYahandaku...
mulutku tidak mampu berkaTa,
ungkapan apa yg harus ku nyata,
hatiku tidak lagi bersuara,
hnya mendendangkan lagu duka..

Ayahanda, cepatlah sembuh!!

Sunday, April 3, 2011

Tandusnya Sekeping Hati

Aku meNulis darI kelAm malam ,
hingga terbit sang menTari,
Aku penyair senja yg ketandusan kata,
Mencari sekeping hati yg telah kontang,
untuk ku ubati dengan hilai tawa yg asli,
Dimana dia pengubat duka,
puas ku cari tiada ku jumpa,
tiada asli tiada yang hakiki,
hanya janji 'YA ILAHI',

Sejadah dan Quran menjadi saksi,
kala bersujud pada ILAHI,
Tangisan syahdu mengiringi janji,
bersumpah tidak mengulangi lagi,
atas kesilapan yang telah disedari,
dimanakah aku ditempatkan nanti,
Ampunkan aku hamba-Mu yg kerdil ini.

( TIADA YG NYATA DALAM DUNIA INI... ILA 3/4/11)

Friday, September 3, 2010

PEREMPUAN

Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya

Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…

Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.” Imam Ghazali

Ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…

Ukthiku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan…
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…
Dari hidup dalam kesesatan

Kerana jangan lupa ukhtiku…

Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa
Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan…

Wednesday, August 25, 2010

Air Mata SeOraNg WaNita.

Mengapa wanita suka mengalirkan air mata? tentu kita sedia maklum bahawa jiwa sorang wanita amat lembut, mudah sekali tersentuh, jadi meraka sememangnya dari golongan yang sensitif. Tapi sedarkah kita kenapa mereka berkelakuan begitu. Jadi jom kita ungkai sedikit tentang persoalan ini..Hmmm..

Air mata wanita ni juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki.. So, persoalannya disini, kenapa wanita air matanya mudah sangat mengalir? kenapa? wanita ni memang di cipta Allah dengan sifat yang lemah lembut dan wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9. wanita akalnya 1 di kawal oleh 9 nafsunya. begitu juga lelaki ,9 akal tu yang mengawal 1 nafsu tu.

Kadang-kadang ada sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan jelik jika wanita tu menangis atas perkara yang remeh. Dari aspek ini, lelaki seharusnya memahami wanita dimana wanita akan menangis jika perkara tu betul2 menyentuh hatinya. Tambahan pula dia akan lebih mudah menagis jika orang yang dia sayangi tak ambik berat tentang dirinya..perkara ni nampak kecil je kan? tapi pada wanita hal ini amat terkesan dalam hati dia.

ok..untuk situasi lain, contohnya si isteri mengadu pada suaminya..

"abg,bahu ayg sakit la.boleh tak abg tolong picit jap".. lepas tu suami dia cakap.."ala syg,abg pun letih juga.." pastu, pasti muncung isteri tu akan keluar sedepa. pada masa tu dia akan mula mengomel dan turunlah air mata..sikit je kan masalah nye? kalau kes macam ni terjadi macam ne? suami sure mengelabah kalau tengok isteri nangis..hehe.

so,memang tak ada cara lain, kena pujuklah jawabnya..tapi, nak pujuk pun kena ada cara., salah pujuk lagi menjadilah jawabnya. Bak kata Dr.Fadhilah Kamsah, "jika isteri tengah menagis, dan seumpama mahu dipujuk, suami kena guna cara yang terbaik, contohnya peluk isteri tu, kalau rasa tak reti nak peluk, usap lah tangannya sambil senyum ke arahnya. Insyaallah, lembut hati isteri tu."

jom kita baca kisah ni..

kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,

"Ibu, mengapa ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah, mengapa ibu menangis?"

"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,"sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,

"cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?"

Gurunya menjawab:

"Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam keadaan apapun, dan dalam situasi apapun. Walau jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,agar dapat digunakan bilapun dia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".

Ada sesetengah lelaki ini melebihkan egonya, kadang2 lelaki sanggup cakap.."you nangis r puas2 tak kuasa i nak layan you lagi"..adakah ini cara terbaik? masa bercinta dulu tak hingat! lautan api sanggup diredahi. Sekarang, isteri nangis..biar gitu je.. Kenapa wanita cepat nagis?sebab dia nak perhatian yang lebih terutamanya dari orang yang dia sayang..tengok pada anak2 kecil..jika dia menagis,apa yang dia mahu kan? belaian kan? jika pada zaman berkasih, boleh beri layanan yang hebat, kenapa ketika di alam rumah tangga layanan tu tak sama? bukankah sepatutnya lepas kahwin tu kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum? dapat pahala tu!!!

Ok.. kenapa lelaki tak mudah menangis? perasan tak kalau masa kecik2 dulu, bagi orang lelaki la ni.. kalau la budak laki ni nangis mesti mak atau ayah atau cikgu atau sapa2 saja akan cakap.. "ish..apa ni laki nagis? buat malu je.macam perempuan je.laki kuat..tak boleh nangis"... Sebabkan statement ni la yang sudah terkesan dalam minda lelaki. Memang pada dasarnya, betul.. Tapi, siapa kata laki ni tak boleh nagis? hebat sangatkah ke"ego"an tu?

Tapi, apa2 pun janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan air matanya untuk turun. Cuba selami hati wanita, wanita ni just nak dimanja,diberi perhatian. Terutamanya dari orang yang dia sayang dalam lirik lagu sumayyah nyanyian Hijjaz pun ada tertulis,

"tangan yang di sangka lembut menghayun buaian mengoncang dunia , mencipta sejarah." hehe.

dan di sebalik kejayaan lelaki itu, pasti ada seorang wanita dibelakangnya..."

"Karena wanita ingin dimengerti, Lewat tutur lembut dan laku agung, Karena wanita ingin dimengerti, Manjakan dia.. dengan kasih sayang"

Saturday, August 14, 2010

Ini Cerita Tentang Aku dan Dia

Selesai sudah cerita tentang aku dan dia, kan ku tulis cerita kita agar usai segala yang terbeku dihati. Sesungguhnya aku menulis bukan kerana nama, tapi rasa yang tersimpan dihati ini ingin sekali aku luahkan, tidak mahu terus memendam rasa. Semuanya masih tersimpan rapi, tak sedikit pun trlepas dari kotak memori ku, hinggakan begitu sukar tu ku padamkan ia. Bagaimana harus aku memulakan, dimana patut aku ceritakan. Terlalu lama ia bermula, hingga aku terluka sejak bila aku menyanyangi, yang aku tahu aku sudah mencintaimu saat itu. Terlalu banyak kisah yang tercatat dalam hidupku, pada saat dulu hingga kini. Cerita tentang kita, agaknya seperti epilog sebuah drama, kalau drama sekali pn pasti ada nokhtah cerita yang begitu membahagiakan bukan sebuah kisah tragis. Boleh diolah mengikut citarasa masing2, tapi kisah kita telah tercatat dalam skrip sebuah kehidupan. Namun, aku tidak pernah menyesal akan perjalanan hidup ini, inilah warna warni kehidupan manusia. Perlu ditempuhi, perlu dihayati, perlu diigati perlu disyukuri.

Semalam, sewaktu ku membaca Qur'an, terjatuh helaian kertas dipaha ku, ku lihat helaian itu. Oh!! ia helaian kertas yang mengigatkan ku padamu, ia masih lagi tersimpan didalam Al-Quran, aku pn dah lupa tmpat ku mnyimpannya. Masih igat lagi kah kau, ia adalah kepingan kertas tentang timbangan berat badan kita dan ketinggian. Oh!! jap kita smbung nnti yer..

Friday, August 13, 2010

LAGU RINDU


Saat aku kehilanganmu

langit kelam alam bagaikan membisu

sebak dada menyaksikan kau derita

tak tertadah juraian airmata

kiranya dapat ku putarkan masa

akan ku ubah perjalanan kehidupan

moga bahagia hatimu tetap berkekalan

apakah daya..

aku manusia biasa

mungkin dulu, langkahku tempang

gagal menghidu kedukaan yg mendatang

tapi kini..

sumpah aku pertahankan

sejarah itu tak mungkinkan berulang...


Lagu rindu tak kan padam

alunan ingatan zaman berzaman

dendangan irama cinta lamakah?

yang gemersik syahdu di telinga,

bukan pintaku perpisahan terjadi

bukan kehendak ku hubungan ternoktah

kau pergi tanpa secebis madah

ngilu dihati ku rawat sendiri

andai waktu menyatukan semula

harapan, impian & cinta

akan ku bina kasih dulu

biarlah dua hati kembali

bertaut menjadi satu

Thursday, August 12, 2010

ReLakaN Aku PeRGi

Tak tergapai dek tangan
Tak terpijak dek rasa
Tak merasa dek hati

Indahnya suatu anganan
sapamu bak hembusan bayu
mengusap lembut ke wajah bahagia
damai terasa walaupun cuma seketika

Namun
yang tinggal kini
hanyalah impian semata
mimpi ukiran indah
cacatnya tanpa penghujung
celanya tanpa penyambung

Seringkali bertanya
bilakah tibanya saat itu
akan ku kecapi saat gemilang
melakar kejayaan
bersamamu teman
tapi
wajarkah aku menanti suatu yang tidak pasti?

Maafkn aku teman
aku tak berupaya mengiakan kata hati
aku tak berdaya menafikan takdir Ilahi
sesungguhnya
aku takut mencipta ria
aku tak sanggup mengukir bahagia
kelaknya mendatang hiba
kesedihan meragut bahagia

Maafkan aku teman
hadirku hanya sekejap cuma
pergiku hanya sekelip mata
senyumlah
relakan ku pergi
jangan ditangisi pemergian ku ini
kerana
aku redha dengan takdir Ilahi
moga di sana kutemui
kebahagian sejati....

Wednesday, August 11, 2010

~~~Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Al Mubarak.~~~

(Sabda Rasulullah S.A.W) "Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup segala pintu-pintu neraka serta belenggu segala syaitan"
Besok bermulanya hari pertama umat Islam menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang penuh kemuliaan, di bulan ini dibukakan pintu kemaafan buat kita semua dan pintu2 Syurga terbentang luas. Jadi marilah kita sama2 menunaikan ibadah agar kita tidak tergolong pada golongan yang sentiasa dlm kerugian. Sesungguhnya ibadat kita pada bulan ini, diberi ganjaran yang berlipat ganda. Maka amatlah rugi bagi orang2 yang lalai dalam menjalankan ibadah mereka.

Bulan Ramadhan cukup menggamitku pada suasana kampung halaman, kerinduan pada ayah bonda, keriuhan solat Taraweh, keseronokkn anak-anak kecil yng bermain mercun, keindahan lampu2 mnyak tanah yang mula menghiasi laman. Ah!! betapa seronoknya berpuasa di kampung, pasti teringat kelazatan kuih muih, lauk pauk masakan mak..huhu, yang pling sedapnya sup tulang, air asam perut, dging msak kicap, ayam bakar..Wow!!! mak........rindunya aku mau pulang.. Keheningan pagi yang mendamaikan, hingga kadang2 aku terus leka tido. mak pulak mnyiapkan juadah bersahur, 2/3 kali kejut baru la nk bngun, hehe..tp sempt gak la aku tlng buat air..hehe.. Hmm..itu dlu la..

Sekarang bila dh merantau jauh ni, semua benda kena lah kia buat sendiri, dari berbuka hingga la bersahur. Berdikari katakan!! hehe.. Puasa tahun ini, aku berazam tuk menambahkn ibadatku kepada-NYa, semoga terbuka pintu kemaafan buatku. Tidak ingin terus terbelenggu, moga sinar Ramadhan membuka pintu hati kita, mempermudahkan segala amal ibadat kita, diberi ketenangan hati. Ramadhan kali ini agak kesunyian, namun akan ku terus menikmatinya dengan izin dari-Nya.

Tuesday, August 10, 2010

Pujaan Hati



hei pujaan hati apa kabarmu

ku harap kau baik-baik saja
pujaan hati andai kau tahu
ku sangat mencintai dirimu

hei pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan

* hei pujaan hati, pujaan hati
pujaan hati, pujaan hati

reff:
mengapa kau tak membalas cintaku
mengapa engkau abaikan rasaku
ataukah mungkin hatimu membeku
hingga kau tak pernah pedulikan aku

cobalah mengerti keadaanku
dan cobalah pahami keinginanku
ku ingin engkau menjadi milikku
lengkapi jalan cerita hidupku

hei pujaan hati, pujaan hati

hei pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan

(lirik lagu kangen band-pujaan hati)

Monday, August 9, 2010

Ketetapan ILahi

Aku minta kepada Tuhan...
Setangkai bunga segar....

Ia beri kaktus berduri...
Aku minta kupu-kupu...
Diberi ulat berbulu...
Aku sedih dan kecewa...

Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali...
Dan ulat itu pn menjadi kupu-kupu yang cantik...
Itulah jalan Ilahi...
Indah pada masanya...

Allah tidak memberi apa yang kita harapkan...
Tapi ia memberi apa yang kita perlukan...
Kadangkala kita sedih, kecewa dan terluka...
Tapi jauh diatas segalanya...
Ia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita...

Saturday, August 7, 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu….


Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Friday, August 6, 2010

::::.......perJalANan yAnG BeLUM sELesai....:::



" DiKAki LaNGit itu, Ku Coba UnTUk beRLari, PaNTas InGIn Ku AKhiri, tiDAk bisA KU tangGungi lAgi, BiAr KALah Di diNIhari, BiAr REbah Di LaUTan Sepi, CuBa kU gaGAhi Untuk KEmbALi, PerJAlanaN seriBu ERti daLaM MeNCAri yAng HaKIki, diManaKah dia KekuaTan hATi..." ::::.......perJalANan yAnG BeLUM sELesai....:::

iyer... perjalanan yang belum selesai, aku baru je msuk suku abad jadi bnyak lg perjalanan idup yg perlu aku tempuh, walaupun kdang2 kita rasa give up tapi mcmana pun kita trpaksa hadapi jugak.
Aku hanya mampu berdoa pada-Nya moga dipermudahkan segalanya untukku. Terasa begitu sukar tuk kita hadapi apatah lagi bila sesuatu berlaku pada kita. Mulalah kita menyalahkan segala yang berlaku bukan dari kita, begitu la manusia. Manusia mana yang tidak pernah membuat silap. Kadang-kadang langkah ini pn sering kali tersasar. Sungguh aku berdosa padamu Ya Allah, kau ampunkan la dosa2 ku yang lalai padamu.

Entah kenapa perjalanan ini ku rasakan sepi sekali, mahupun keluarga dan teman seringkali disisi, terasa kehilangan sesuatu dihati ini. Malam ini hatiku berdebar, ntah knapa hanya dia terbayang2 di mindaku. Ku harap dirimu baik2 aje, tidak mungkin ku mampu mendengar berita buruk berkenaan denganmu. Dulu saya ingin sekali kita memperbaiki kesilapan kita, terasa berdosa dihati ini. Ketahuilah hingga saat ini aku tidak pernah tenang atas apa yang berlaku. Aku seringkali menyalahkan diri ini, menangisi stiap apa yang berlaku. Di setiap solatku aku tidak pernah pts memohon agar kita diberi kesabaran, hidayah dan petunjuk untuk menghadapi semua dugaan dalam perjalanan hidup kita. Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita. Moga kau dan aku diberi ketenangan tuk menghadapi semua ini. Benar kita hanya mampu merencana, namun ketentuan hanya dari-Nya yang Esa.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Kenang la daku dalam doamu..

Aku ingin sekali kamu tahu bahawa aku tidak pernah membenci dirimu, tak terniat tuk melukakan hatimu. Sememangnya hati ku terluka dengan cara dan sikapmu, kau snang sekali membuatku begitu, walau berjuta kali hati ni kau lukai, walau seribu kesakitan menghiris, namun tak sedikit rasa kebencian berbekas dihati ini. Maha suci Allah, yang melahirkan rasa cinta dihati manusia. Agaknya, benarlah kata orang bila kita mencintai seseorang takkan ada istilah benci dihati. Ntah la, amat sukar tuk berbicara tentang hati. Saya tidak menyalahkan awk, sy mengerti kdng2 sy lupa awk ada hak tuk memilih jalan awk sndiri, mgkin sy terlalu memaksa awk. Maafkan saya tuk semuanya itu, mungkin sy tidak pernah memahami akan diri awk. Saya seakan tidak percaya semua ini berlaku, ia bagai mimpi. Tak mungkin kan awk sanggup buat saya camni? benarkan awk tidak sayang pada sy lagi?

"Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan."~ Mahatma Ghandi

Terima kasih kerana pernah tercatat dalam diari hidup saya, menghadiahkan rasa dihati saya, mengukir cerita2 cinta ditaman hati ini. Semuanya masih segar tersimpan dihati ini, tidak pernah hilang walau sesaat pn. Apatah lagi tuk melupakan, hmmm... tntu sekali mustahil. Namun apa guna kalu hati saya mengharapkannya, namun dihati penuh rasa kecewa. Cari lah bahagia dihati abang, B hanya mampu berdoa dan mengharapkan bahagia tuk kita semua. Ketahuilah, syang B sama sprti 7 tahun dulu, kasih B sama sprti waktu dulu, cinta B masih segar di sini..


Namun... lorong-lorong ini harus saya langkahi jua, terasa pandangan ini masih lagi dalam kesamaran. Berharap tiada lagi liku-liku yang mencabar semangat diri. Kekuatan ingin ku cari, dimana dia kekuatan hati?



Sunday, July 25, 2010

KebAhaGiAn dAlaM PErpisAhan

AnDainya perpisahan ini adalah jaLan KebahagiaAn buat dirimu, akan ku cubA untuk melakar mImPi2 indah mu itu, WaLau terpaksA ku hapuskAn impianku.. Membiarkan kau berlalu, amat memeritkan diri ini.. Melihat langkahmu yg semakin jauh meninggalkan ku, menjadikan diri ini tidak keruan. Engkau pasti tahu itu, kerna setiap kali pertemuan kita, terlalu sukar untuk kita berpisah kembali. Seringkali terasa sebak didada ini, berat sungguh rasa dihati meskipun hanya untuk perpisahan yang seketika.. Apalagi tuk perpisahan ini, terlalu perit tuk ku tempuhi. Namun, harus kurelai, percaya akan takdir Ilahi.


Maafkan ku, sehingga kini aku tidak tahu mengapa terjadi semua ini. Maafkan B kerana tidak memahami diri abang. Sesungguhnya, B seringkali berusaha untuk memahami diri abang. B ingin sekali mendengar cerita2 dri abang, ingin berkongsi segalanya.. tapi abang tdak pernah ingin berkongsi msalah dengan B.. kekandang B rasa B ni tak bernilai buat abang.

B ingin sekali menjadi pendengar setia abang,
B ingin sekali menjadi sahabat pendorong abang,
B ingin sekali menjadi teman dikala abang keresahan,
B ingin sekali menjadi isteri dikala kedukaan,

Tetapi itu semua hanyalah sebuah impian, yang akhirnya kecundang jua ditengah jalan.. Apa daya diri ini, andai ia kemahuan abang. Walau hati tidak pernah berhenti menyebut nama mu, meskipun minda ini tidak pernah berhenti memikirkan tentang dirimu.. Walau berjuta kelukaan terguris dihati ini, seribu kesakitan menghuni dri ini, namun sedikit pun tidak tersimpan kebencian dihati ini. Maha suci Allah, yang menciptakan rasa cinta dihati insan yang bergelar manusia. Moga aku terlindung dari rasa kebencian ini...

Tuesday, June 22, 2010

KehaDiran Orang Baru..

Hmmm.. dh lama aku tak menulis, maklum la berada kat kg ni line tenet ssh skit.. byak gak la citer dan perkara yg berlaku spnjng aku kat kg ni, cuma msa je tak ckup tuk aku menulis dlm blog ni.

Tanggal 13 jun 2010, dalam kul 12.35 tghari kakak aku telah slamat melahirkan bayi lelakinya yg kami beri nama Muhammad Adiq Zaquan bin Junaidi Escobido melalui pembedahan. Bukan main gelabah lagi kami masa tu, lbh2 lagi abg ipar aku, mcm kucing nk beranak lak dia tak dok diam. Ape ek perasaan si suami bila isteri nk bersalin ni?.. Sejam kemudian akak aku dah keluar dri wad bersalin, bukan main seronok agi bila dapat tgok muka baby dia. DEkat seminggu jgak la kena dok hspital, penat aku dok berulang alik dari machang ke kuala krai ni..

Tiga ari selpas tu, spupu aku lak bersalin anak perempuan, wah makin meriah lah keluarga kami.. Seronok bukan main lagi aku, mana taknya raya ni sah penuh umah aku, silap2 ari bulan aku gak yg kena tido kat dapur..huhu.. Penat pon ada dh smua dh naik pangkat 'Datin'.. jadi aku la yg kena wat smua benda.. xpe la dh nsib ank bongsu agaknya..hehe..

Yang aku sedihnya, bila la turn aku lak.. tringin gak nk rasa bhgia cam orang lain ni..takut pn ada ..apa pun.. releks dlu.. buka ruang buat diri.. bernafas dalam erti cinta yg hakiki...

Friday, May 28, 2010

KePiluaN ApakAh meLanda HaTi???

" SePasaNg Mata Mu yaNg saYup, mEreNung leMbut kE wAjaHku meMbuAt hAtiKu haNcur LeBur, tAk maMpu kuTaHAn aIr mAta yaNg guGur, SesudAh tErputus ikAtan Tak teRtutUp pIntu haRapaN , menGapa harUs berJumpa laGi, sekAdar mElepaSkan riNdu taK beRerti.."....

Mengapa begitu Sukar tuk menatap wajahmu, terlalu berat rasanya tuk ku mengangkat pandanganku ke arah mu walaupun kau berada didepanku. Aku hanya mampu menjeling manja, manja ke? huhu.. Kau membuat ku hilang seribu perkataan, aku seperti orang yang tidak tahu tuk berbicara. Ketika itu, aku hanya mampu mendiamkan diri, nasib ada kawan yang meriuhkan suasana. Mangapa aku begini? dan kau kulihat seperti tiada apa2 yang berlaku. Apa mimpi semalam sudah kau lupakan? Mudahnya tuk kau yang bergelar lelaki, dan aku wanita yang sentiasa terhilis. Begitu sukar menyapu lembut luka-luka semalam.

" Kita mampu mencintai seseorang dalam beberapa saat je, tapi untuk melupakan adalah seumur hidup"

Itulah, bila seorang perempuan mula mencintai, mula menyayangi, mudah memberi sepenuh hati hingga tiada berbaki lagi. Akhirnya, yang tinggal sisa-sisa hati yg perlu diubati.
Bukan mudah tuk melupakan, bukan senang tuk menghapuskan. Andai hati dapatku keluarkan, senang je kan.. boleh dibasuh dengan clorok, boleh diletak minyak gamat agar lukanya cepat sembuh, dan macam la. Tapi sekeping hati!! Agak nipis bentuknya mudah sekali tersentuh, lembut bila dipujuk. Huh!! Susahnya untuk melepaskan sesuatu yang telah lama menjadi milik kita walaupun tak rasmi.

Kerna ia datang tak berundang, pergi tak berpesan.. Kesan terlalu dalam..;(
Bertembung mata denganmu seakan luluh segala jiwa. Sebak dihati ini, tak terluah oleh kata, tak terjangkal oleh akal. Bingung aku dikala itu, minda seakan tidak berfungsi. Terasa air mula memenuhi takungan mata ini, tak tertahan rasanya lagi gugur kini membasahi pipi, andainya kau mengerti. Apakah erti perjumpaan ini? menyambung harapan atau sekadar melepas rindu dihati. Semuanya tak bererti andai engkau sendiri tidak mampu mengakhiri, segala jawapan yang tidak pasti.

KePiluaN apakAh meLanda HaTi??

Thursday, May 27, 2010

DilaNda SiNdRom KeceMburuaN...

Bangkit je aku dari tido, xde benda lain la yang aku buat, mesti aku cibuk bukak itenet. Petang2 camni, keje umah smua msti aku dah beresi, tanggan aku mula memainkan tetikus laptop aku ni, satu persatu aku bkk laman web,'muka buku' itu semestinya.. Daripada profile ku sehinggalah kepada profile sahabatku ku bukak, tak lupa jgak profile dia, kawan dia dan ape2 yang berkaitan dengannya. Pasti kan ku terokai, bukan ape saje aku mahu mngetahui pkembangan dia. Maklum la, nk terus tnya 'deret' je, malu, ego, tak mau mngalah dan macam2 lagi la. Lagipun, kita xleh nk bgi muke sangat, mula la diore naik tanduk. Baik dibiarkan je, tak salahkan mengitai dari tirai.. tirai ape ek,, hehe mcm lagu tu la, "Mengintai dari tirai kamar", Wah2!!!. Hmmm, teruk gak pragai aku ni, apa pun jgn bagi dia tau..hehe..

Ku bukak lagi dan ku bukak agi.. Bung!!! mcm ada bende jatuh kat atas kpala aku ni bila aku terbaca komen dia nga kwn2 dia, ku teruskan lagi mcm aku knal je awek ni. Toing!! baru aku igat ni awek lama dia, hati aku mak oi mcm kena cucuk lak, sakit wei..huhu, badan dh mula terasa panas, aku mcam cacing kepanasan lak mau je mngelepar kat cini, tapi nmpak mcm xnormal sgt.

Ku baca satu persatu, adoi la apsal mcm mesra sgt ni. EEee, geram ke aku ni, sakit ke aku ni. Aku pn dah xtau ape penyakit lak terkena kat aku ni. Benci mula la membuak-buak, menyampah pn ada. Kenapa ek? aku sakit ke, sakit ape?

Dalam kepala otak aku ni, mula la mcm2 soalan yg kuar, kalu aku leh jwab ok la jgak. Mesti aku dapat A++ gitu, ni tak O, Zero beb!!! alih2 aku gak yang tension...Diaore sae blik ko? Cinta lama berputik kembali ke? dieore nk jupe ke? kat mana? Isk!! nape la kpala aku ni sbuk sgt mimikirknya, mcm xde benda je nk pkir. Tapi mmg pun, hehe..Aduh!! biarkan dia, nape lak aku myibukkan diri aku dgn msalah ni. Lagipun..lagipun...tiada apa2 lagi yang mampu dipertahankan..Biarkan, biarkan, biarkan.. si kuncai dengan labu-labunya.. dan aku dengan laptop aku ni..hehe..

Nak kata dia pak we aku, tak gak. Dlu mungkin la, jadi nk buat ape aku naik angin ni. Hish!! ssah la pompuan ni, sikit2 nk terasa, skit2 sensitive. Tp normal la kn??
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Cemburu ke aku?? isk!! xla..