Thursday, May 27, 2010

DilaNda SiNdRom KeceMburuaN...

Bangkit je aku dari tido, xde benda lain la yang aku buat, mesti aku cibuk bukak itenet. Petang2 camni, keje umah smua msti aku dah beresi, tanggan aku mula memainkan tetikus laptop aku ni, satu persatu aku bkk laman web,'muka buku' itu semestinya.. Daripada profile ku sehinggalah kepada profile sahabatku ku bukak, tak lupa jgak profile dia, kawan dia dan ape2 yang berkaitan dengannya. Pasti kan ku terokai, bukan ape saje aku mahu mngetahui pkembangan dia. Maklum la, nk terus tnya 'deret' je, malu, ego, tak mau mngalah dan macam2 lagi la. Lagipun, kita xleh nk bgi muke sangat, mula la diore naik tanduk. Baik dibiarkan je, tak salahkan mengitai dari tirai.. tirai ape ek,, hehe mcm lagu tu la, "Mengintai dari tirai kamar", Wah2!!!. Hmmm, teruk gak pragai aku ni, apa pun jgn bagi dia tau..hehe..

Ku bukak lagi dan ku bukak agi.. Bung!!! mcm ada bende jatuh kat atas kpala aku ni bila aku terbaca komen dia nga kwn2 dia, ku teruskan lagi mcm aku knal je awek ni. Toing!! baru aku igat ni awek lama dia, hati aku mak oi mcm kena cucuk lak, sakit wei..huhu, badan dh mula terasa panas, aku mcam cacing kepanasan lak mau je mngelepar kat cini, tapi nmpak mcm xnormal sgt.

Ku baca satu persatu, adoi la apsal mcm mesra sgt ni. EEee, geram ke aku ni, sakit ke aku ni. Aku pn dah xtau ape penyakit lak terkena kat aku ni. Benci mula la membuak-buak, menyampah pn ada. Kenapa ek? aku sakit ke, sakit ape?

Dalam kepala otak aku ni, mula la mcm2 soalan yg kuar, kalu aku leh jwab ok la jgak. Mesti aku dapat A++ gitu, ni tak O, Zero beb!!! alih2 aku gak yang tension...Diaore sae blik ko? Cinta lama berputik kembali ke? dieore nk jupe ke? kat mana? Isk!! nape la kpala aku ni sbuk sgt mimikirknya, mcm xde benda je nk pkir. Tapi mmg pun, hehe..Aduh!! biarkan dia, nape lak aku myibukkan diri aku dgn msalah ni. Lagipun..lagipun...tiada apa2 lagi yang mampu dipertahankan..Biarkan, biarkan, biarkan.. si kuncai dengan labu-labunya.. dan aku dengan laptop aku ni..hehe..

Nak kata dia pak we aku, tak gak. Dlu mungkin la, jadi nk buat ape aku naik angin ni. Hish!! ssah la pompuan ni, sikit2 nk terasa, skit2 sensitive. Tp normal la kn??
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Cemburu ke aku?? isk!! xla..

No comments:

Post a Comment