
Ku diciptakan dari tulang rusuk mu, bukan kerana aku insan lemah tapi aku adalah pendokongmu kerana disetiap kejayaan Adam pasti ada Hawanya. Aku ingin sekali menjadi Hawa buatmu. Aku mempunyai satu akal, sembilan nafsu tapi kau Adamku mempunyai Sembilan nafsu dan satu akal… jadi bimbinglah aku agar tidak lemas dalam lautan nafsu duniawi. Kerna kau adalah kaum Adam seharusnya kau mampu dalam menilainya.
Wahai Adam ku!
namun jangan kau lupa kadang-kadang kau lemas dalam lautan yang bernafsu itu… kerana kau juga manusia biasa tidak bisa lari dari membuat kesilapan. Tapi ingatlah, kesilapan mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa, belajar dari kedewasaan ini. Sesungguhnya kau lah pejuang kebanggaanku, perjuang abadi takkan gentar, takkan berundur sebelum berjuang, takkan mati sebelum ajalnya.
Kau Adamku..
Andai kau jadikan ku surimu, didiklah Hawamu ini agar menjadi isteri yang solehah. Kejutlah aku di dinihari agar dapat kita berjemaah bersama, sesungguhnya kaulah imamku dan akulah makmunmu. Ajarilah aku taat dalam menurut perintah-Nya agar nanti dapat ku mencium bauan Syurga Al-Firdausi. Semoga hawamu ini akan menjadi peneman dikala sepi, sahabat dikala kau keresahan, kekasih dikala duka, dan menjadi seorang isteri pendampingmu yang setia.
Kau Adamku…
Aku seorang wanita, tapi jangan kau anggap aku insan lemah kerana tanggan yang menghayun buaian juga mampu mengoncangkan dunia. Bukan aku membangga kaumku, sekadar memberi ingatan bahawa wanita bukan untuk dipijak, ditindas, dianiaya, bukan juga untuk disanjung tapi Letaklah aku disisimu, dipelukkanmu, sesungguhnya aku pecintamu untuk disayangi dan dibelai manja.
Wahai kau Adamku…
Bukankah itu janjimu pada yang maha Esa, tika kau melafazkan Akad. Saat itulah kita telah disatukan dengan janji ikatan kasih sebagai umat-Nya, dan haruslah kau tahu bahawa hawamu ini merupakan amanah dari Tuhanmu kepadamu. Janganlah kau menganiayai ku kerana aku diciptakan untuk kau kasihi.
No comments:
Post a Comment