Wednesday, May 26, 2010

LuRve in mY LiFe


Untuk pertama kali kau ku rindu,


Tujuh tahun lalu, masih segar diminda ini, ingatkah kau ketika itu kita sama-sama mengejar cita-cita dalam meniti usia remaja. Kau dengan kehidupan mu dan aku dengan kehidupan ku, masih lagi bermain dikotak fikiranku, waktu itu kau begitu terkenal kerana kau salah seorang ahli teater bahasa inggeris di sekolah. Kau mula diminati oleh pelajar perempuan sedangkan ku hanya mampu memandang mu dari jauh. Entah kuasa apa yang menghuni hati ini…terbit rasa yang ku sendiri tidak mengerti mungkin kerana ketika itu aku tidaklah begitu matang untuk berfikir tentang diriku apatah lagi untuk menyedari tentang perasaan yang hadir dalam hatiku.


Suatu ketika dulu kau pernah bercinta, namun gadis itu bukanlah diriku.. tahukah kau ketika itu remuknya hati ini, apatah lagi bila bertembung dirimu dengan dirinya.. kukira ia hanya perasaan remajaku.. tapi disepanjang perjalanan ini kau sentiasa kurindui… pantang kudengar sahaja cerita tentang dirimu dari sahabat kita pasti kucuba bertanya tentang dirimu.. walaupun aku terpaksa menyembunyikan perasaan ku terhadapmu pada saat itu.. tahukah betapa sukar untuk ku pendamkan perasaan ini… Adakah ini harga yang harus ku bayar untuk sebuah kasih suci? Kau andaikanlah aku orang pertama yang sanggup berkorban untuk membayar harga sebuah kasih itu andai ia mampu untuk meraih kasih mu. Dan sekiranya ia mampu menjanjikan kau dan aku sebahagia….


“sebahagia burung yang berterbangan bebas diudara…”

“seagung kasih Adam dan Hawa ”

“semurni cinta Shah jahar pada Mumtaznya ”

“seteguh kasih Lela dan Majnunya”


Mungkin kesibukkan ku pada pelajaran menyebabkan aku tidak mengingatimu, kerna pada tahun itu aku perlu menduduki peperiksaan STPM, lagipun aku sangat bertuah kerana dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang rapat denganku dan keluarga yang tidak putus-putus menyokongku untuk berjaya dalam pelajaranku. Dengan itu, aku terus berusaha tanpa memikirkan hal-hal yang berkaitan dengan rasa cinta itu. Alhamdulillah, dengan berkatNya aku berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah pusat pengajian tinggi awan. Disini aku ditemukan kembali dengan sahabat kita, kami tinggal serumah. Dari sini bermulalah kembali episod sebuah rasa kasih dihati kita, hingga lahirnya satu ikatan hati yang tidak bisa ku singkirkan lagi…Maafkan diri ini…


Untuk pertama kali kau kukasihi,


Apabila ku mengetahui kau begitu rapat dengan sahabat kita, aku mula merisik khabarmu dari teman kita. Dari situ aku memperolehi no phone mu, ku cuba menghubungimu walaupun ketika itu hanya sekadar ingin berkenalan rapat denganmu. Nampaknya aku tidak bertepuk sebelah tangan kau turut menyambut huluran ikatan persahabatan ini. Kata orang dalam hubungan persahabatan takkan ada istilah perpisahan walaupun maut menjadi nokhtahnya. Benarkah?


Untuk pertama kali kita berjumpa selepas perpisahan yang kukira agak panjang tapi bagiku ia bukanlah sebuah perpisahan tetapi sebuah penantian dalam meraih kasihmu. Jadi aku tidak pernah merasa kehilangan dirimu, kerna keyakinan ku, kau tetap kukasihi melainkan sudah kehendak-Nya kiranya tiada jadoh antara kita. Ingatkah lagi dirimu, pada hari raya ketiga tidak silap ku 15 October 2007 kau datang ke rumah ku bersama teman-teman kita. Itulah pertemuan pertama kita setelah sekian lama tidak bersua, hatiku berdebar-debar apalah tanggapan pertamamu terhadap diriku. Masih ingatkah? Mulutmu seperti terkunci kau hanya menyepikan diri, kesalkah kau mengenali diriku? Maafkan aku…aku bukanlah sesempurna wanita, sesungguhnya aku ikhlas dalam perkenalan ini.


Sekali lagi kita berjumpa, aku tidak tahu ikhlaskah kau terhadap pertemuan ini atau ia hanya sebuah rancangan sahabat kita untuk mempertemukan kita berdua. Kita berjumpa hanya sekejap sahaja, tidak puas rasa hati ini, kau terpaksa mengundur diri mungkin waktu mencemburui kita. Dan aku tidak pernah menyalahkan ketentuan waktu. Di pertemuan itu, aku memberikan mu sebuah hadiah yang kubelikan sempena hari lahirmu yang ke-22 tahun. Walaupun agak lewat untuk kusampaikan kepadamu, aku ikhlas diatas pemberian tersebut. Janganlah kau menyangka yang bukan-bukan terhadap pemberianku itu.


Benarlah ada pepatah mengatakan “kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari”, kau mula menyepikan diri selepas pertemuan itu seolah-olah melarikan diri dari ku… satu pun panggilan ku tidak kau jawab kalau ada pun pasti kakakmu yang jawab panggilan itu. Ku tebalkan muka ini hanya untuk sekeping hati yang ku sendiri tidak ketahui adakah berjaya kumiliki. Ntah! kuasa apalah yang ada pada cinta hingga manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memilikinya. Kenapa? Bencikah kau pada ku? Rimaskah kau? Atau aku terlalu memaksa mu? Menyesalkah kau pada pertemuan ini? Pelbagai persoalan yang timbul dalam hati ini, pedihnya ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu, ku tangisi perpisahan ini. Pelbagai nasihat yang disuarakan sahabatku namun ia seolah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Fikiran ku buntu, beku , kaku untuk ku ungkapkan. Hanya satu yang ku inginkan ketika itu, Cuma penjelasan dari mu.. walaupun kau tidak menyukai diriku, mahupun pedih untuk kuterima.. aku perlukan penjelasan agar terlerai segala persoalan yang terbuku dihati ini. Mengertikah kau!!!


Disini terlerainya hubungan antara kita, aku tidak mampu lagi untuk merebut kasih mu, begitu kebalnya hatimu. Aku terpaksa memutuskan untuk tidak lagi menganggu kehidupan mu. Semusim rindu berlalu, namun tidak mampu untuk menghakis kerinduan ku terhadap mu. Kesibukkan ku pada pelajaran sekurang-kurangnya mampu mengurangkan ingatan ku terhadap dirimu, kadang-kadang aku lupa akan kewujudanmu. Tambahan pula, aku dikelinlingi oleh teman-teman baru dikampus. Kehidupanku kembali ceria, seceria dahulu namun tanpa hembusan nafas kasihmu..


“Walau ku masih mencintaimu, ku harus meninggalkanmu,

Ku harus melupakanmu, meski hatiku membuntukanmu,

Ku harus merelakanmu…”

22 May 2008

Untuk pertama kali kau kucinta,


Entah kuasa apa yang menghuni dirimu, tanggal 22 February 08 kau mengirimkan sms pada ku setelah sekian lama, waktu itu aku seperti tidak sedar bermimpikah diri ini.. ku cuba membaca kembali sms yang kau kirimkan, kau bertanya khabar tentang diriku. Pada ketika itu, perasaan ku tidak menentu, apa yang harus kulakukan haruskah aku membalas kembali huluran salam darimu. Mungkin pada waktu itu aku beranggapan kau ingin bersahabat kembali denganku, jadi aku tidak menghampakan harapan mu kerna pada diri ini tersimpan secebis kenangan itu. Diatas nama sebuah persahabatan yang terbina, aku membuka lebaran baru tanpa kusedari menbibitkan bunga-bunga kasih hingga berputiknya kelompak cinta, ku harap ia akan terus mekar mewangi…


Sesungguhnya.. saat ini ku yakin kau ku cinta.. kau bajai benih cintaku, hingga tumbuhnya tunas-tunas harapan dalam jiwaku, sehingga mekarnya kelopak kasih mewarnai hati ini. Janganlah kau rampas lagi dariku, aku tidak mungkin mampu seteguh gunung, sekental Zulaikha, atau segagah badang… kerna.. kerna aku insan kerdil dibumi Tuhanku yang tak mampu mengubah ketentuan-Nya. Bodohkah aku untuk meraih kasihmu? Biarlah aku menjadi insan yang bodoh dalam mendamba sekeping hati itu… Bukankah cinta itu buta? buta dalam menilai segalanya sehingga menjadikan aku seorang yang bodoh?


Pada ketentuan Ilahi aku berserah, moga kau dan aku disatukan dalam ikatan murni bersama kalimah suci yang diungkapkan pada majlis yang sempurna, aman dan penuh kasih sayang. Bermimpikah aku, bukankah setiap manusia perlu bermimpi, bukankah setiap mimpi mempunyai suatu impian. Bukankah itu suatu permulaan yang baik. Tinggikah impianku? Bukankah setiap manusia perlu mempunyai impian, dan impianku tidak salah bukan? Dan ‘Cinta’ tidak semestinya memiliki dirimu,,,, sungguh ku gembira, tidak tergambar perasaan dihati ini betapa bermaknanya kau dihatiku. Oh! Apa lagi yang perlu kulakukan agar rasa kasih ini tetap mekar dalam hati kita.


Mengapa dalam perhubungan ini, ada ribut yang melanda. Kita sering bergaduh, atau lebih tepat sering merajuk antara satu sama lain. Kau seakan tidak mahu mengalah denganku, egomu terlalu tinggi. Setiap kali bergaduh denganmu pasti aku yang memujuk dirimu dahulu. Tidakkah aku yang perlu dipujuk? Aku wanita kadang-kadang inginkan perhatian darimu, sukarkah untuk kau mengerti. Entah pada siapa harus ku luahkan rasa yang terbuku dihati ini, kau tidak lagi bersama dalam menemani hari-hariku. Pada siapa untukku rintihkan setiap kerinduan, kedukaan dan kesengsaraanku. Mungkin juga kasihmu bukan untuk diri ini, hati itu bukan milikku, aku redha menerimanya, janganlah kau rasa bersalah pada diri ini kerna tiada paksaan dalam percintaan. Kebaikkanmu kuhargai, keikhlasanmu kusanjungi, kejujuranmu adalah kebanggaanku, kebahagiaanmu adalah keutamaanku. Aku sedar aku harus menerimanya, dengan perlahan gengaman kasih kulepaskan bersama impian yang kehancuran… namun dirimu tak pernah kulupakan..


13 July, 2008

Kita bertemu lagi dalam episod sebuah cinta, kau kembali menyambung kasih yang terlerai dulu. Aku sedar setiap kali selepas kita bergaduh, hubungan kita menjadi semakin rapat. Kau sentiasa menghiburkan aku dengan gurauanmu, saat itu aku terlalu bahagia. Disetiap doaku aku memohon agar Dia dekatkan hatimu dengan hatiku, agar tersemai rasa kasih sayang antara kita. Namun, jodoh adalah ketentuan-Nya, yang pasti aku tidak putus-putus memanjatkan doa untuk kebahagiaan kita. Kerna sesungguhnya, aku cinta padamu, my hubby… aku mula memasang angan-angan untuk hidup bahagia bersamamu, pelbagai rancangan masa depan telah direncanakan. Mungkin bagimu ia satu gurauan, tapi hakikatnya satu impian dalam hati ini.


Entah apa yang berlaku, tiba-tiba kau tidak lagi menghiraukan ku, tanggal 22 september 08, pada bulan Ramadhan ini, kau telah tinggalkan ku. Ternyata kau tidak pernah menyayangi diri ini. Kau mengiakan pertanyaanku… kenapa baru sekarang kau menyatakannya setelah aku tidak mampu menghakis rasa kasih ini. Pernah dulu aku bertanya padamu, adakah dirimu akan tinggalkan ku? Katamu kau tidak akan tinggalkanku.. kau bilang kau sayangkan ku.. pernah juga aku memberitahu mu agar berterus-terang denganku supaya kau tidak permainkan perasaanku, tapi kau pasti mengelak setiap kali aku suarakan tentang hubungan kita. kau membuat diriku hanyut dengan rasa kasih yang terbina. Kau meninggalkan rasa kesal dihati ini, kesal dengan kesilapan kita. Berkali aku meminta agar kau dan aku memperbaiki kesilapan ini, kau mendiamkan diri, dalam masa yang sama kau menyakiti hati ini. Untuk apakah semua ini? Permainan apakah semua ini, andai ini adalah sebuah permainan kaulah seorang pemain yang paling hebat kerna berjaya menghancurkan hati ini. Apakah semua yang kau lakukan ini kerana kau tidak pernah menyintai diri ini…


Sedarkah kau, betapa hancurnya hatiku.. orang yang paling kupercayai rupanya mempermainkan hati ini. Aku tidak mampu lagi untuk berdiri teguh, mempertahankan kasih yang semakin bernanah meninggalkan kudis dihati ini. Seandainya aku mampu untuk membenci dirimu. Sehingga kesaat ini, tiada satu pun penjelasan yang kau berikan, tiada jawapan pada semua persoalan dihati ini. Tahukah kau, bagaimanakah rasa berada dalam penantian yang tiada berkesudahan? Tentu kau tidak mengerti atau pura-pura tidak memahaminya kan? Adakah aku tidak mengerti akan dirimu atau kau malu sekiranya kawan-kawan kita tahu tentang kita. Atau sememangnya aku tidak layak berada disampingmu, itukah jawapannya? Akukah yang bersalah, jelaskanlah apa kesalahanku. Apakah kau marah padaku…


Benarlah kata seorang pencinta yang setia “andai kita mencintai, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana ia akan layu juga akhirnya. Biarlah cinta itu seperti air sungai yang mengalir kerana ianya akan mengalir buat selamanya”. Jadi biarlah aku menjadi sungainya… dan hingga ke saat ini kau tak pernah kulupakan. Tiada sehari pun dalam hidup ini tanpa mengingatimu. Aku terlalu rindukan dirimu, apa yang harusku lakukan. Bagaimana nak ku pujuk hati ini. Diri ini dah penat, terlalu penat hingga kadang-kadang terasa ingin memejamkan mata ini, supaya tidak perlu lagi memikirkan segala-galanya..Ya Tuhanku, andainya dia bukanlah jodoh yang ditentukan kepadaku, kenapa dirinya tak pernah kulupakan… pergi lah dari rinduku, aku merelakannya…


Aku tidak pernah memarahi dirimu, malah tidak membencimu.. Cuma aku perlu waktu, waktu untuk melupakan segalanya.. waktu untukku merelakan segalanya.. izinkan aku membuka sayapku, supaya aku mampu untuk terbang.. terbang bebas tanpa ku berpaling pada jejak yang telah ku tinggalkan… ku harap dirimu mengerti akan naluri wanitaku. Jangan memaksa diri ini lagi, ku bukan insan yg kau kenali dulu, benarkan untukku berdiri ditapak yang kupilih ini. Relakan lah!!!......


Selamat tinggal rinduku…

Selamat tinggal sayangku…

Selamat tinggal kasihku…

Selamat tinggal cinta hatiku…

No comments:

Post a Comment