Friday, May 28, 2010
KePiluaN ApakAh meLanda HaTi???
Mengapa begitu Sukar tuk menatap wajahmu, terlalu berat rasanya tuk ku mengangkat pandanganku ke arah mu walaupun kau berada didepanku. Aku hanya mampu menjeling manja, manja ke? huhu.. Kau membuat ku hilang seribu perkataan, aku seperti orang yang tidak tahu tuk berbicara. Ketika itu, aku hanya mampu mendiamkan diri, nasib ada kawan yang meriuhkan suasana. Mangapa aku begini? dan kau kulihat seperti tiada apa2 yang berlaku. Apa mimpi semalam sudah kau lupakan? Mudahnya tuk kau yang bergelar lelaki, dan aku wanita yang sentiasa terhilis. Begitu sukar menyapu lembut luka-luka semalam.
" Kita mampu mencintai seseorang dalam beberapa saat je, tapi untuk melupakan adalah seumur hidup"
Itulah, bila seorang perempuan mula mencintai, mula menyayangi, mudah memberi sepenuh hati hingga tiada berbaki lagi. Akhirnya, yang tinggal sisa-sisa hati yg perlu diubati. Bukan mudah tuk melupakan, bukan senang tuk menghapuskan. Andai hati dapatku keluarkan, senang je kan.. boleh dibasuh dengan clorok, boleh diletak minyak gamat agar lukanya cepat sembuh, dan macam la. Tapi sekeping hati!! Agak nipis bentuknya mudah sekali tersentuh, lembut bila dipujuk. Huh!! Susahnya untuk melepaskan sesuatu yang telah lama menjadi milik kita walaupun tak rasmi.
Kerna ia datang tak berundang, pergi tak berpesan.. Kesan terlalu dalam..;(
Bertembung mata denganmu seakan luluh segala jiwa. Sebak dihati ini, tak terluah oleh kata, tak terjangkal oleh akal. Bingung aku dikala itu, minda seakan tidak berfungsi. Terasa air mula memenuhi takungan mata ini, tak tertahan rasanya lagi gugur kini membasahi pipi, andainya kau mengerti. Apakah erti perjumpaan ini? menyambung harapan atau sekadar melepas rindu dihati. Semuanya tak bererti andai engkau sendiri tidak mampu mengakhiri, segala jawapan yang tidak pasti.
KePiluaN apakAh meLanda HaTi??
Thursday, May 27, 2010
DilaNda SiNdRom KeceMburuaN...
Ku bukak lagi dan ku bukak agi.. Bung!!! mcm ada bende jatuh kat atas kpala aku ni bila aku terbaca komen dia nga kwn2 dia, ku teruskan lagi mcm aku knal je awek ni. Toing!! baru aku igat ni awek lama dia, hati aku mak oi mcm kena cucuk lak, sakit wei..huhu, badan dh mula terasa panas, aku mcam cacing kepanasan lak mau je mngelepar kat cini, tapi nmpak mcm xnormal sgt.
Ku baca satu persatu, adoi la apsal mcm mesra sgt ni. EEee, geram ke aku ni, sakit ke aku ni. Aku pn dah xtau ape penyakit lak terkena kat aku ni. Benci mula la membuak-buak, menyampah pn ada. Kenapa ek? aku sakit ke, sakit ape?
Dalam kepala otak aku ni, mula la mcm2 soalan yg kuar, kalu aku leh jwab ok la jgak. Mesti aku dapat A++ gitu, ni tak O, Zero beb!!! alih2 aku gak yang tension...Diaore sae blik ko? Cinta lama berputik kembali ke? dieore nk jupe ke? kat mana? Isk!! nape la kpala aku ni sbuk sgt mimikirknya, mcm xde benda je nk pkir. Tapi mmg pun, hehe..Aduh!! biarkan dia, nape lak aku myibukkan diri aku dgn msalah ni. Lagipun..lagipun...tiada apa2 lagi yang mampu dipertahankan..Biarkan, biarkan, biarkan.. si kuncai dengan labu-labunya.. dan aku dengan laptop aku ni..hehe..
Nak kata dia pak we aku, tak gak. Dlu mungkin la, jadi nk buat ape aku naik angin ni. Hish!! ssah la pompuan ni, sikit2 nk terasa, skit2 sensitive. Tp normal la kn??
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Cemburu ke aku?? isk!! xla..
SuRat Dari SaNg KeKasiH..
Datanglah kepadaku dengan sejuta cintamu
Jagalah hatiku dalam pelukanmu
Sesungguhnya hidupku tidak akan sempurna
tanpa belaian jemarimu
Hidupku tidak akan bersinar tanpa belaian jiwamu
Hidupku takkan bahagia tanpa dakapan hatimu
Aku terlalu mengharapkanmu untuk menemaniku sehingga
Tuhan memanggilku
Aku di sini berseorangan, merajuk sepi, meneruskan hidup
dengan kerinduanku
Menahan kepedihan hati yang ditambahi dengan kehangatan
malam pada musim ini
Aku cuba menghapuskan sepi ini dengan
membayanganmu
Meskipun aku harus tersenyum keseorangan
Aku cuba untuk menghilangkan rasa lapar ini dengan
hidangan-hidangan ilusi yang kau datangkan dari
tanganmu yang lembut
Aku sedang berangankan dirimu
Khayalan yang aku harapkan menjadi kenyataan dalam
hidup ini
Sayangku, kaulah harapanku...".
Saya berharap kamu akan membalas surat ini dari getaran-getaran jiwamu, bisikan bahasa hatimu dan dari alunan getaran jantungmu. Aku ingin merasai sentuhan cintamu dari setiap kata-kata yang akan ditulismu.
Selamat malam sayang, moga kau mimpi yang indah.
Insan yg mencintaimu..
............................................
(MukJizat CiNTa)
Aku MaHu PuLaNg...
Nasib dok free je, kalu tak mati kering la aku. Kalu ikutkan ati mau je aku blik kampung awal2 tp dah diberi ingatan dek my mum, lebih kurang cam ni ayat dia " ala, dok ar dlu teman cik tu, kcian nak branok xdok ore, pah2 nk kelik gak kelik nga dio la...".. Jadi aku ni, terpaksa la menemankan orang yg nk bersalin ni, iaitu akak aku la..
Tapi punya la lama aku tunggu, baby dia xmau gak kuar2.Arg!!!! boring tahap gaban dah aku ni. Tiap2 mlm aku pujuk baby dia, kuar la cepat dik, mak su dah lama tggu ni smbil ku usap perut akak aku. Tp budak tu senyap je, mgkin buat xtau je kot. Aku dah serba xkena ni, makan xlalu, tido xlena, tapi mandi basah jgak ar. Dah tiga ari aku xlalu makan, nasi tu dah xselera nak jamah kalu makan pun dua tiga mulut je.. Berat badan pun dah turun, macam ringan je, semalam ribut taufan agin kencang nasib la aku dpt berpaut pada tiang umah aku ni, maklum la diterbangkan angin..hehe..*auta* ..huhuhu!! sedih bagat rasanya mau je nk nangis. RiNdu bagat mau balik ke kg halaman ku yg tercinta tu..Nun.. jauh dipntai timur, terbayang2 muka mak aku yg comEl tu wlaupun dh dimamah usia. Luv my mum..
Semalam bila kakak aku blik dri keje, dia cakap dah abik cuti, mgkin dalam 3 or 4 ari agi kita blik kg.. WaaHhh!!! appy giler aku dgr. Yeah!!! berjaya jgak misi aku pujuk kakak n abg ipar aku tu tuk blik bersalin kat kelantan. Hehe!!! mana taknya, tiap2 malam aku pujuk beb! dah tu diorang tegok muka aku yg mcm kucing yg mintak simpati cam dalm movie shrek 4eva tu. Kcian beb, xsampai ati kot..hehe, yela dah byak ari xmakan nasi mngalahkan ore putus cinta..hehe..
Putus CiNta ke?? kwang2!!!
Cakap psal balik kg ni, dalam kepala otak aku ni dh penuh dgn plan2 terbaru. Hehe, yang bestnya nk kuar jupe member2 lama masa sek menengah lu, nk cipta kenangan. Yela, bukan senang dpt cuti n jupe ramai nih, masa ni la abik pluang kn bila dh msing2 ada kluarga susah lak kn. Di musim2 ni gak la, byaknya kad2 jmputan wangi yg smpai kat aku, nk pegi tu aku xkisah sgt. Yela dah ore jmput p je la, kn xjemput terasa lak.
Tapi ape lg nk buat kat kg ni?? Shopping ke? kat mana ek, rantau panjang?? ada duit ke..hehe, sah poW duit mak aku hehe..paling tak pn pasar sena, tu pn sbb nk bli mkanan je maklum la kat pasar sena byk choice ckit.
Eeee, lambatnya tggu nk balik ni, tak sabar rasanya nk dapat hadiah dari dia. Comel ke? apa pn dapat free, apa aku kisah dah org ikhlas nk bagi terima jela. Rezeki jgn ditolak. hehe.. Berdebar pun ada jgak ni, xpe ke? boleh je kn? xsalah rasanYa. Kita tunggu je la, kan kuat lak aku ni berangan... dah la xde keje slain dri berangan..Huh!! xsabar nk balik..hehe..
"Hoho..hoo...ho..ho..balik kg..ho..ho balik kg hati girang..." ..
Wednesday, May 26, 2010
UnfoRGeTabLe FrIEnd
Where r u my fren?
searching near & far
but I can’t see u
I always rememmber
all our time that we had 2gether
we share all sweet & sour
where r u now?
I want to share it again
I still standing here
waiting for ur return
for u come back home
where ur belong
for u to come back to me
after so long
I don’t care where r u
bcoz u always in my heart
bcoz my heart speeks & says
youre unforgetable fren of all.
YaNg BerLAlu aKaN TetAp BerLAlu..
Bangkit dan pandang lah ke hadapan, sekarang adalah masa untuk membuat perubahan pada diri dan kehidupan. Meskipun berada di tengah-tengah badai dan angin taufan akan ku cuba mewarnai dunia kehidupan, agar tidak pudar oleh kenangan tidak luput oleh kesilapan. Manusia sering berubah, manusia juga sering mengubah. Adakah aku harus berubah? ye pasti....
Optimislah!!!
Sesungguhnya selepas kesusahan itu pasti akan ada kemudahan, semoga aku akan dipermudahkan oleh-Nya dan diberi kebaikan atas segalanya.. Semoga hari esok akan menghapus semua mimpi-mimpi buruk, bisa mengusir segala kesedihan dan mengantikannya dengann senda dan tawa, gurau dan senda.. Ah!!! aku merindui saat itu... paSti!!! akan ku selongkar Jiwa naN LaRa ini dalam mencari JaLan puLang keManisan hAti...
SeandainYa kita dalam kesusahan dan kehilangan sesuatu, percaYa la kita seDang diuji.. ucaplah Kalimah;
.... La ilaha illalah..
dan berdoalah kepada-NYa.. Ya Allah, aku redha dengan ketetapanMu ini, kau ampuni lah dosa2 ku.. kau gantikan la sesuatu yang lebih baik daripada kehilangan ini.. Sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui..Amin..
Dia YaNg BerNAma LelaKi
Hadir pada zaman keremanjaanku,
mendorongku pada kejayaan,
mengajar akan ku kekuatan, keyakinan, dan kejujuran..
Dimatanya ku lihat keiklasan,
penuh kilauan kasih dan sayang,
tanpa ku sedar sinarnya tembus menusuk sanubari...
namun keyakinan ku pudar,
pada rasa yg telah hadir,
ku tetapkan didalam hati,
dia teman sahabat setia,
perjalananku meniti usia,
memisahkan dua hati memendam rasa,
tiada sahabat pengubat duka,
namun dirinya tak pernah ku lupa,
hingga malamku sering bermimpi,
bertemu kanda pujaan hati..
Bukan ku minta untuk menyinta,
apakan daya hati meminta,
andai tersurat jodoh pertemuan,
kau dan aku pasti dipertemukan,
dalam suasana penuh keredhaan,
bersama rahmat yg Maha Esa,
pada Bulan ku berjanji,
Bintang pula menjadi saksi..
kuperteguhkan cinta dijiwa,
mengikat janji setia..
maka terlafaz lah kata....????
LuRve in mY LiFe
Untuk pertama kali kau ku rindu,
Tujuh tahun lalu, masih segar diminda ini, ingatkah kau ketika itu kita sama-sama mengejar cita-cita dalam meniti usia remaja. Kau dengan kehidupan mu dan aku dengan kehidupan ku, masih lagi bermain dikotak fikiranku, waktu itu kau begitu terkenal kerana kau salah seorang ahli teater bahasa inggeris di sekolah. Kau mula diminati oleh pelajar perempuan sedangkan ku hanya mampu memandang mu dari jauh. Entah kuasa apa yang menghuni hati ini…terbit rasa yang ku sendiri tidak mengerti mungkin kerana ketika itu aku tidaklah begitu matang untuk berfikir tentang diriku apatah lagi untuk menyedari tentang perasaan yang hadir dalam hatiku.
Suatu ketika dulu kau pernah bercinta, namun gadis itu bukanlah diriku.. tahukah kau ketika itu remuknya hati ini, apatah lagi bila bertembung dirimu dengan dirinya.. kukira ia hanya perasaan remajaku.. tapi disepanjang perjalanan ini kau sentiasa kurindui… pantang kudengar sahaja cerita tentang dirimu dari sahabat kita pasti kucuba bertanya tentang dirimu.. walaupun aku terpaksa menyembunyikan perasaan ku terhadapmu pada saat itu.. tahukah betapa sukar untuk ku pendamkan perasaan ini… Adakah ini harga yang harus ku bayar untuk sebuah kasih suci? Kau andaikanlah aku orang pertama yang sanggup berkorban untuk membayar harga sebuah kasih itu andai ia mampu untuk meraih kasih mu. Dan sekiranya ia mampu menjanjikan kau dan aku sebahagia….
“sebahagia burung yang berterbangan bebas diudara…”
“seagung kasih Adam dan Hawa ”
“semurni cinta Shah jahar pada Mumtaznya ”
“seteguh kasih Lela dan Majnunya”
Mungkin kesibukkan ku pada pelajaran menyebabkan aku tidak mengingatimu, kerna pada tahun itu aku perlu menduduki peperiksaan STPM, lagipun aku sangat bertuah kerana dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang rapat denganku dan keluarga yang tidak putus-putus menyokongku untuk berjaya dalam pelajaranku. Dengan itu, aku terus berusaha tanpa memikirkan hal-hal yang berkaitan dengan rasa cinta itu. Alhamdulillah, dengan berkatNya aku berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah pusat pengajian tinggi awan. Disini aku ditemukan kembali dengan sahabat kita, kami tinggal serumah. Dari sini bermulalah kembali episod sebuah rasa kasih dihati kita, hingga lahirnya satu ikatan hati yang tidak bisa ku singkirkan lagi…Maafkan diri ini…
Untuk pertama kali kau kukasihi,
Apabila ku mengetahui kau begitu rapat dengan sahabat kita, aku mula merisik khabarmu dari teman kita. Dari situ aku memperolehi no phone mu, ku
Untuk pertama kali kita berjumpa selepas perpisahan yang kukira agak panjang tapi bagiku ia bukanlah sebuah perpisahan tetapi sebuah penantian dalam meraih kasihmu. Jadi aku tidak pernah merasa kehilangan dirimu, kerna keyakinan ku, kau tetap kukasihi melainkan sudah kehendak-Nya kiranya tiada jadoh antara kita. Ingatkah lagi dirimu, pada hari raya ketiga tidak silap ku 15 October 2007 kau datang ke rumah ku bersama teman-teman kita. Itulah pertemuan pertama kita setelah sekian lama tidak bersua, hatiku berdebar-debar apalah tanggapan pertamamu terhadap diriku. Masih ingatkah? Mulutmu seperti terkunci kau hanya menyepikan diri, kesalkah kau mengenali diriku? Maafkan aku…aku bukanlah sesempurna wanita, sesungguhnya aku ikhlas dalam perkenalan ini.
Sekali lagi kita berjumpa, aku tidak tahu ikhlaskah kau terhadap pertemuan ini atau ia hanya sebuah rancangan sahabat kita untuk mempertemukan kita berdua. Kita berjumpa hanya sekejap sahaja, tidak puas rasa hati ini, kau terpaksa mengundur diri mungkin waktu mencemburui kita. Dan aku tidak pernah menyalahkan ketentuan waktu. Di pertemuan itu, aku memberikan mu sebuah hadiah yang kubelikan sempena hari lahirmu yang ke-22 tahun. Walaupun agak lewat untuk kusampaikan kepadamu, aku ikhlas diatas pemberian tersebut. Janganlah kau menyangka yang bukan-bukan terhadap pemberianku itu.
Benarlah ada pepatah mengatakan “kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari”, kau mula menyepikan diri selepas pertemuan itu seolah-olah melarikan diri dari ku… satu pun panggilan ku tidak kau jawab kalau ada pun pasti kakakmu yang jawab panggilan itu. Ku tebalkan muka ini hanya untuk sekeping hati yang ku sendiri tidak ketahui adakah berjaya kumiliki. Ntah! kuasa apalah yang ada pada cinta hingga manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memilikinya. Kenapa? Bencikah kau pada ku? Rimaskah kau? Atau aku terlalu memaksa mu? Menyesalkah kau pada pertemuan ini? Pelbagai persoalan yang timbul dalam hati ini, pedihnya ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu, ku tangisi perpisahan ini. Pelbagai nasihat yang disuarakan sahabatku namun ia seolah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Fikiran ku buntu, beku , kaku untuk ku ungkapkan. Hanya satu yang ku inginkan ketika itu, Cuma penjelasan dari mu.. walaupun kau tidak menyukai diriku, mahupun pedih untuk kuterima.. aku perlukan penjelasan agar terlerai segala persoalan yang terbuku dihati ini. Mengertikah kau!!!
Disini terlerainya hubungan antara kita, aku tidak mampu lagi untuk merebut kasih mu, begitu kebalnya hatimu. Aku terpaksa memutuskan untuk tidak lagi menganggu kehidupan mu. Semusim rindu berlalu, namun tidak mampu untuk menghakis kerinduan ku terhadap mu. Kesibukkan ku pada pelajaran sekurang-kurangnya mampu mengurangkan ingatan ku terhadap dirimu, kadang-kadang aku lupa akan kewujudanmu. Tambahan pula, aku dikelinlingi oleh teman-teman baru dikampus. Kehidupanku kembali ceria, seceria dahulu namun tanpa hembusan nafas kasihmu..
“Walau ku masih mencintaimu, ku harus meninggalkanmu,
Ku harus melupakanmu, meski hatiku membuntukanmu,
Ku harus merelakanmu…”
22 May 2008
Untuk pertama kali kau kucinta,
Entah kuasa apa yang menghuni dirimu, tanggal 22 February 08 kau mengirimkan sms pada ku setelah sekian lama, waktu itu aku seperti tidak sedar bermimpikah diri ini.. ku
Sesungguhnya.. saat ini ku yakin kau ku cinta.. kau bajai benih cintaku, hingga tumbuhnya tunas-tunas harapan dalam jiwaku, sehingga mekarnya kelopak kasih mewarnai hati ini. Janganlah kau rampas lagi dariku, aku tidak mungkin mampu seteguh gunung, sekental Zulaikha, atau segagah badang… kerna.. kerna aku insan kerdil dibumi Tuhanku yang tak mampu mengubah ketentuan-Nya. Bodohkah aku untuk meraih kasihmu? Biarlah aku menjadi insan yang bodoh dalam mendamba sekeping hati itu… Bukankah cinta itu buta? buta dalam menilai segalanya sehingga menjadikan aku seorang yang bodoh?
Pada ketentuan Ilahi aku berserah, moga kau dan aku disatukan dalam ikatan murni bersama kalimah suci yang diungkapkan pada majlis yang sempurna, aman dan penuh kasih sayang. Bermimpikah aku, bukankah setiap manusia perlu bermimpi, bukankah setiap mimpi mempunyai suatu impian. Bukankah itu suatu permulaan yang baik. Tinggikah impianku? Bukankah setiap manusia perlu mempunyai impian, dan impianku tidak salah bukan? Dan ‘Cinta’ tidak semestinya memiliki dirimu,,,, sungguh ku gembira, tidak tergambar perasaan dihati ini betapa bermaknanya kau dihatiku. Oh! Apa lagi yang perlu kulakukan agar rasa kasih ini tetap mekar dalam hati kita.
Mengapa dalam perhubungan ini, ada ribut yang melanda. Kita sering bergaduh, atau lebih tepat sering merajuk antara satu sama lain. Kau seakan tidak mahu mengalah denganku, egomu terlalu tinggi. Setiap kali bergaduh denganmu pasti aku yang memujuk dirimu dahulu. Tidakkah aku yang perlu dipujuk? Aku wanita kadang-kadang inginkan perhatian darimu, sukarkah untuk kau mengerti. Entah pada siapa harus ku luahkan rasa yang terbuku dihati ini, kau tidak lagi bersama dalam menemani hari-hariku. Pada siapa untukku rintihkan setiap kerinduan, kedukaan dan kesengsaraanku. Mungkin juga kasihmu bukan untuk diri ini, hati itu bukan milikku, aku redha menerimanya, janganlah kau rasa bersalah pada diri ini kerna tiada paksaan dalam percintaan. Kebaikkanmu kuhargai, keikhlasanmu kusanjungi, kejujuranmu adalah kebanggaanku, kebahagiaanmu adalah keutamaanku. Aku sedar aku harus menerimanya, dengan perlahan gengaman kasih kulepaskan bersama impian yang kehancuran… namun dirimu tak pernah kulupakan..
13 July, 2008
Kita bertemu lagi dalam episod sebuah cinta, kau kembali menyambung kasih yang terlerai dulu. Aku sedar setiap kali selepas kita bergaduh, hubungan kita menjadi semakin rapat. Kau sentiasa menghiburkan aku dengan gurauanmu, saat itu aku terlalu bahagia. Disetiap doaku aku memohon agar Dia dekatkan hatimu dengan hatiku, agar tersemai rasa kasih sayang antara kita. Namun, jodoh adalah ketentuan-Nya, yang pasti aku tidak putus-putus memanjatkan doa untuk kebahagiaan kita. Kerna sesungguhnya, aku cinta padamu, my hubby… aku mula memasang angan-angan untuk hidup bahagia bersamamu, pelbagai rancangan masa depan telah direncanakan. Mungkin bagimu ia satu gurauan, tapi hakikatnya satu impian dalam hati ini.
Entah apa yang berlaku, tiba-tiba kau tidak lagi menghiraukan ku, tanggal 22 september 08, pada bulan Ramadhan ini, kau telah tinggalkan ku. Ternyata kau tidak pernah menyayangi diri ini. Kau mengiakan pertanyaanku… kenapa baru sekarang kau menyatakannya setelah aku tidak mampu menghakis rasa kasih ini. Pernah dulu aku bertanya padamu, adakah dirimu akan tinggalkan ku? Katamu kau tidak akan tinggalkanku.. kau bilang kau sayangkan ku.. pernah juga aku memberitahu mu agar berterus-terang denganku supaya kau tidak permainkan perasaanku, tapi kau pasti mengelak setiap kali aku suarakan tentang hubungan kita. kau membuat diriku hanyut dengan rasa kasih yang terbina. Kau meninggalkan rasa kesal dihati ini, kesal dengan kesilapan kita. Berkali aku meminta agar kau dan aku memperbaiki kesilapan ini, kau mendiamkan diri, dalam masa yang sama kau menyakiti hati ini. Untuk apakah semua ini? Permainan apakah semua ini, andai ini adalah sebuah permainan kaulah seorang pemain yang paling hebat kerna berjaya menghancurkan hati ini. Apakah semua yang kau lakukan ini kerana kau tidak pernah menyintai diri ini…
Sedarkah kau, betapa hancurnya hatiku.. orang yang paling kupercayai rupanya mempermainkan hati ini. Aku tidak mampu lagi untuk berdiri teguh, mempertahankan kasih yang semakin bernanah meninggalkan kudis dihati ini. Seandainya aku mampu untuk membenci dirimu. Sehingga kesaat ini, tiada satu pun penjelasan yang kau berikan, tiada jawapan pada semua persoalan dihati ini. Tahukah kau, bagaimanakah rasa berada dalam penantian yang tiada berkesudahan? Tentu kau tidak mengerti atau pura-pura tidak memahaminya
Benarlah kata seorang pencinta yang setia “andai kita mencintai, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana ia akan layu juga akhirnya. Biarlah cinta itu seperti air sungai yang mengalir kerana ianya akan mengalir buat selamanya”. Jadi biarlah aku menjadi sungainya… dan hingga ke saat ini kau tak pernah kulupakan. Tiada sehari pun dalam hidup ini tanpa mengingatimu. Aku terlalu rindukan dirimu, apa yang harusku lakukan. Bagaimana nak ku pujuk hati ini. Diri ini dah penat, terlalu penat hingga kadang-kadang terasa ingin memejamkan mata ini, supaya tidak perlu lagi memikirkan segala-galanya..Ya Tuhanku, andainya dia bukanlah jodoh yang ditentukan kepadaku, kenapa dirinya tak pernah kulupakan… pergi lah dari rinduku, aku merelakannya…
Aku tidak pernah memarahi dirimu, malah tidak membencimu.. Cuma aku perlu waktu, waktu untuk melupakan segalanya.. waktu untukku merelakan segalanya.. izinkan aku membuka sayapku, supaya aku mampu untuk terbang.. terbang bebas tanpa ku berpaling pada jejak yang telah ku tinggalkan… ku harap dirimu mengerti akan naluri wanitaku. Jangan memaksa diri ini lagi, ku bukan insan yg kau kenali dulu, benarkan untukku berdiri ditapak yang kupilih ini. Relakan lah!!!......
Selamat tinggal rinduku…
Selamat tinggal sayangku…
Selamat tinggal kasihku…
Selamat tinggal cinta hatiku…
Pesan Hawa kepada Adamnya

Ku diciptakan dari tulang rusuk mu, bukan kerana aku insan lemah tapi aku adalah pendokongmu kerana disetiap kejayaan Adam pasti ada Hawanya. Aku ingin sekali menjadi Hawa buatmu. Aku mempunyai satu akal, sembilan nafsu tapi kau Adamku mempunyai Sembilan nafsu dan satu akal… jadi bimbinglah aku agar tidak lemas dalam lautan nafsu duniawi. Kerna kau adalah kaum Adam seharusnya kau mampu dalam menilainya.
Wahai Adam ku!
namun jangan kau lupa kadang-kadang kau lemas dalam lautan yang bernafsu itu… kerana kau juga manusia biasa tidak bisa lari dari membuat kesilapan. Tapi ingatlah, kesilapan mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa, belajar dari kedewasaan ini. Sesungguhnya kau lah pejuang kebanggaanku, perjuang abadi takkan gentar, takkan berundur sebelum berjuang, takkan mati sebelum ajalnya.
Kau Adamku..
Andai kau jadikan ku surimu, didiklah Hawamu ini agar menjadi isteri yang solehah. Kejutlah aku di dinihari agar dapat kita berjemaah bersama, sesungguhnya kaulah imamku dan akulah makmunmu. Ajarilah aku taat dalam menurut perintah-Nya agar nanti dapat ku mencium bauan Syurga Al-Firdausi. Semoga hawamu ini akan menjadi peneman dikala sepi, sahabat dikala kau keresahan, kekasih dikala duka, dan menjadi seorang isteri pendampingmu yang setia.
Kau Adamku…
Aku seorang wanita, tapi jangan kau anggap aku insan lemah kerana tanggan yang menghayun buaian juga mampu mengoncangkan dunia. Bukan aku membangga kaumku, sekadar memberi ingatan bahawa wanita bukan untuk dipijak, ditindas, dianiaya, bukan juga untuk disanjung tapi Letaklah aku disisimu, dipelukkanmu, sesungguhnya aku pecintamu untuk disayangi dan dibelai manja.
Wahai kau Adamku…
Bukankah itu janjimu pada yang maha Esa, tika kau melafazkan Akad. Saat itulah kita telah disatukan dengan janji ikatan kasih sebagai umat-Nya, dan haruslah kau tahu bahawa hawamu ini merupakan amanah dari Tuhanmu kepadamu. Janganlah kau menganiayai ku kerana aku diciptakan untuk kau kasihi.
Tuesday, May 25, 2010
Buat insan bergelar …
sesungguhnya setiap titian yang kurempuh…
amat pedih!! mengertikah kau...
ku yakin pasti kau mengerti…
kerna kau ibarat aliran darah dalam diriku…
pasti ku lumpuh tanpa sumbanganmu..
Kau bagai sinar mentari pagi,
sinarmu menyinari diriku, memberiku kuasa meniti hari,
namun kau lupa…,
sinarmu tidak mampu terus menyinariku..
kerna kau juga insan kerdil sepertiku..
kerdil dibumi Tuhanmu…
Temanku…
Kau… ibarat tangan-tangan yang menghulur ‘sakti’,
memberiku ‘kuasa’ dalam meniti hari,
penuh cabaran, rintangan, impian... dan harapan,
kepedihanku kau tanggungi bersama…
penderitaanku kau ratapi…
Kini…
“hilangnya” kau dalam hidupku…
tiada permata berharga penganti diri,
namun setiap bimbingan, pengorbanan dan jasamu
akan ku kuingati…
walaupun kita tidak ketemu lagi...
Selagi ada rindu dalam hati?
pasti… kau kukenangi…
Temanku…
Maafkanku… sesungguhnya aku buta dalam menilaimu..
kukira kau tidak mengerti diri ini,
tapi… aku yang tidak mengerti tentang diriku dan dirimu..
janganlah kau salahkan aku..
kerna aku insan kerdil, tidak mampu mrngubahnya,
mungkin kita mangsa keadaan… atau sememangnya…
Tiada jodoh antara kita….