" DiKAki LaNGit itu, Ku Coba UnTUk beRLari, PaNTas InGIn Ku AKhiri, tiDAk bisA KU tangGungi lAgi, BiAr KALah Di diNIhari, BiAr REbah Di LaUTan Sepi, CuBa kU gaGAhi Untuk KEmbALi, PerJAlanaN seriBu ERti daLaM MeNCAri yAng HaKIki, diManaKah dia KekuaTan hATi..." ::::.......perJalANan yAnG BeLUM sELesai....:::
Perempuan yang suci Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…
Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…
“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.” Imam Ghazali
Ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…
Ukthiku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan…
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…
Dari hidup dalam kesesatan
Kerana jangan lupa ukhtiku…
Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa
Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan…
Mengapa wanita suka mengalirkan air mata? tentu kita sedia maklum bahawa jiwa sorang wanita amat lembut, mudah sekali tersentuh, jadi meraka sememangnya dari golongan yang sensitif. Tapi sedarkah kita kenapa mereka berkelakuan begitu. Jadi jom kita ungkai sedikit tentang persoalan ini..Hmmm..
Air mata wanita ni juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki.. So, persoalannya disini, kenapa wanita air matanya mudah sangat mengalir? kenapa? wanita ni memang di cipta Allah dengan sifat yang lemah lembut dan wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9. wanita akalnya 1 di kawal oleh 9 nafsunya. begitu juga lelaki ,9 akal tu yang mengawal 1 nafsu tu.
Kadang-kadang ada sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan jelik jika wanita tu menangis atas perkara yang remeh. Dari aspek ini, lelaki seharusnya memahami wanita dimana wanita akan menangis jika perkara tu betul2 menyentuh hatinya. Tambahan pula dia akan lebih mudah menagis jika orang yang dia sayangi tak ambik berat tentang dirinya..perkara ni nampak kecil je kan? tapi pada wanita hal ini amat terkesan dalam hati dia.
ok..untuk situasi lain, contohnya si isteri mengadu pada suaminya..
"abg,bahu ayg sakit la.boleh tak abg tolong picit jap".. lepas tu suami dia cakap.."ala syg,abg pun letih juga.." pastu, pasti muncung isteri tu akan keluar sedepa. pada masa tu dia akan mula mengomel dan turunlah air mata..sikit je kan masalah nye? kalau kes macam ni terjadi macam ne? suami sure mengelabah kalau tengok isteri nangis..hehe.
so,memang tak ada cara lain, kena pujuklah jawabnya..tapi, nak pujuk pun kena ada cara., salah pujuk lagi menjadilah jawabnya. Bak kata Dr.Fadhilah Kamsah, "jika isteri tengah menagis, dan seumpama mahu dipujuk, suami kena guna cara yang terbaik, contohnya peluk isteri tu, kalau rasa tak reti nak peluk, usap lah tangannya sambil senyum ke arahnya. Insyaallah, lembut hati isteri tu."
jom kita baca kisah ni..
kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,
"Ibu, mengapa ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,"sang ayah menjawab.
"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,
"cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?"
Gurunya menjawab:
"Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.
Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.
Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.
Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam keadaan apapun, dan dalam situasi apapun. Walau jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.
Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?
Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.
Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,agar dapat digunakan bilapun dia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".
Ada sesetengah lelaki ini melebihkan egonya, kadang2 lelaki sanggup cakap.."you nangis r puas2 tak kuasa i nak layan you lagi"..adakah ini cara terbaik? masa bercinta dulu tak hingat! lautan api sanggup diredahi. Sekarang, isteri nangis..biar gitu je.. Kenapa wanita cepat nagis?sebab dia nak perhatian yang lebih terutamanya dari orang yang dia sayang..tengok pada anak2 kecil..jika dia menagis,apa yang dia mahu kan? belaian kan? jika pada zaman berkasih, boleh beri layanan yang hebat, kenapa ketika di alam rumah tangga layanan tu tak sama? bukankah sepatutnya lepas kahwin tu kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum? dapat pahala tu!!!
Ok.. kenapa lelaki tak mudah menangis? perasan tak kalau masa kecik2 dulu, bagi orang lelaki la ni.. kalau la budak laki ni nangis mesti mak atau ayah atau cikgu atau sapa2 saja akan cakap.. "ish..apa ni laki nagis? buat malu je.macam perempuan je.laki kuat..tak boleh nangis"... Sebabkan statement ni la yang sudah terkesan dalam minda lelaki. Memang pada dasarnya, betul.. Tapi, siapa kata laki ni tak boleh nagis? hebat sangatkah ke"ego"an tu?
Tapi, apa2 pun janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan air matanya untuk turun. Cuba selami hati wanita, wanita ni just nak dimanja,diberi perhatian. Terutamanya dari orang yang dia sayang dalam lirik lagu sumayyah nyanyian Hijjaz pun ada tertulis,
"tangan yang di sangka lembut menghayun buaian mengoncang dunia , mencipta sejarah." hehe.
dan di sebalik kejayaan lelaki itu, pasti ada seorang wanita dibelakangnya..."
"Karena wanita ingin dimengerti, Lewat tutur lembut dan laku agung, Karena wanita ingin dimengerti, Manjakan dia.. dengan kasih sayang"
Selesai sudah cerita tentang aku dan dia, kan ku tulis cerita kita agar usai segala yang terbeku dihati. Sesungguhnya aku menulis bukan kerana nama, tapi rasa yang tersimpan dihati ini ingin sekali aku luahkan, tidak mahu terus memendam rasa. Semuanya masih tersimpan rapi, tak sedikit pun trlepas dari kotak memori ku, hinggakan begitu sukar tu ku padamkan ia. Bagaimana harus aku memulakan, dimana patut aku ceritakan. Terlalu lama ia bermula, hingga aku terluka sejak bila aku menyanyangi, yang aku tahu aku sudah mencintaimu saat itu. Terlalu banyak kisah yang tercatat dalam hidupku, pada saat dulu hingga kini. Cerita tentang kita, agaknya seperti epilog sebuah drama, kalau drama sekali pn pasti ada nokhtah cerita yang begitu membahagiakan bukan sebuah kisah tragis. Boleh diolah mengikut citarasa masing2, tapi kisah kita telah tercatat dalam skrip sebuah kehidupan. Namun, aku tidak pernah menyesal akan perjalanan hidup ini, inilah warna warni kehidupan manusia. Perlu ditempuhi, perlu dihayati, perlu diigati perlu disyukuri.
Semalam, sewaktu ku membaca Qur'an, terjatuh helaian kertas dipaha ku, ku lihat helaian itu. Oh!! ia helaian kertas yang mengigatkan ku padamu, ia masih lagi tersimpan didalam Al-Quran, aku pn dah lupa tmpat ku mnyimpannya. Masih igat lagi kah kau, ia adalah kepingan kertas tentang timbangan berat badan kita dan ketinggian. Oh!! jap kita smbung nnti yer..
Tak tergapai dek tangan Tak terpijak dek rasa Tak merasa dek hati
Indahnya suatu anganan sapamu bak hembusan bayu mengusap lembut ke wajah bahagia damai terasa walaupun cuma seketika
Namun yang tinggal kini hanyalah impian semata mimpi ukiran indah cacatnya tanpa penghujung celanya tanpa penyambung
Seringkali bertanya bilakah tibanya saat itu akan ku kecapi saat gemilang melakar kejayaan bersamamu teman tapi wajarkah aku menanti suatu yang tidak pasti?
Maafkn aku teman aku tak berupaya mengiakan kata hati aku tak berdaya menafikan takdir Ilahi sesungguhnya aku takut mencipta ria aku tak sanggup mengukir bahagia kelaknya mendatang hiba kesedihan meragut bahagia
Maafkan aku teman hadirku hanya sekejap cuma pergiku hanya sekelip mata senyumlah relakan ku pergi jangan ditangisi pemergian ku ini kerana aku redha dengan takdir Ilahi moga di sana kutemui kebahagian sejati....
(Sabda Rasulullah S.A.W) "Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup segala pintu-pintu neraka serta belenggu segala syaitan"
Besok bermulanya hari pertama umat Islam menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang penuh kemuliaan, di bulan ini dibukakan pintu kemaafan buat kita semua dan pintu2 Syurga terbentang luas. Jadi marilah kita sama2 menunaikan ibadah agar kita tidak tergolong pada golongan yang sentiasa dlm kerugian. Sesungguhnya ibadat kita pada bulan ini, diberi ganjaran yang berlipat ganda. Maka amatlah rugi bagi orang2 yang lalai dalam menjalankan ibadah mereka.
Bulan Ramadhan cukup menggamitku pada suasana kampung halaman, kerinduan pada ayah bonda, keriuhan solat Taraweh, keseronokkn anak-anak kecil yng bermain mercun, keindahan lampu2 mnyak tanah yang mula menghiasi laman. Ah!! betapa seronoknya berpuasa di kampung, pasti teringat kelazatan kuih muih, lauk pauk masakan mak..huhu, yang pling sedapnya sup tulang, air asam perut, dging msak kicap, ayam bakar..Wow!!! mak........rindunya aku mau pulang.. Keheningan pagi yang mendamaikan, hingga kadang2 aku terus leka tido. mak pulak mnyiapkan juadah bersahur, 2/3 kali kejut baru la nk bngun, hehe..tp sempt gak la aku tlng buat air..hehe.. Hmm..itu dlu la..
Sekarang bila dh merantau jauh ni, semua benda kena lah kia buat sendiri, dari berbuka hingga la bersahur. Berdikari katakan!! hehe.. Puasa tahun ini, aku berazam tuk menambahkn ibadatku kepada-NYa, semoga terbuka pintu kemaafan buatku. Tidak ingin terus terbelenggu, moga sinar Ramadhan membuka pintu hati kita, mempermudahkan segala amal ibadat kita, diberi ketenangan hati. Ramadhan kali ini agak kesunyian, namun akan ku terus menikmatinya dengan izin dari-Nya.
Aku minta kepada Tuhan... Setangkai bunga segar.... Ia beri kaktus berduri... Aku minta kupu-kupu... Diberi ulat berbulu... Aku sedih dan kecewa...
Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali... Dan ulat itu pn menjadi kupu-kupu yang cantik... Itulah jalan Ilahi... Indah pada masanya...
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan... Tapi ia memberi apa yang kita perlukan... Kadangkala kita sedih, kecewa dan terluka... Tapi jauh diatas segalanya... Ia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita...
“hargai lah ia sblm terlewat…” Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi… Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. TUTUR katanya merupakan KEBENARAN.. SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. . PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya.. Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. .. Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. . Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.. Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.. TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal… Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
" DiKAki LaNGit itu, Ku Coba UnTUk beRLari, PaNTas InGIn Ku AKhiri, tiDAk bisA KU tangGungi lAgi, BiAr KALah Di diNIhari, BiAr REbah Di LaUTan Sepi, CuBa kU gaGAhi Untuk KEmbALi, PerJAlanaN seriBu ERti daLaM MeNCAri yAng HaKIki, diManaKah dia KekuaTan hATi..." ::::.......perJalANan yAnG BeLUM sELesai....:::
iyer... perjalanan yang belum selesai, aku baru je msuk suku abad jadi bnyak lg perjalanan idup yg perlu aku tempuh, walaupun kdang2 kita rasa give up tapi mcmana pun kita trpaksa hadapi jugak. Aku hanya mampu berdoa pada-Nya moga dipermudahkan segalanya untukku. Terasa begitu sukar tuk kita hadapi apatah lagi bila sesuatu berlaku pada kita. Mulalah kita menyalahkan segala yang berlaku bukan dari kita, begitu la manusia. Manusia mana yang tidak pernah membuat silap. Kadang-kadang langkah ini pn sering kali tersasar. Sungguh aku berdosa padamu Ya Allah, kau ampunkan la dosa2 ku yang lalai padamu.
Entah kenapa perjalanan ini ku rasakan sepi sekali, mahupun keluarga dan teman seringkali disisi, terasa kehilangan sesuatu dihati ini. Malam ini hatiku berdebar, ntah knapa hanya dia terbayang2 di mindaku. Ku harap dirimu baik2 aje, tidak mungkin ku mampu mendengar berita buruk berkenaan denganmu. Dulu saya ingin sekali kita memperbaiki kesilapan kita, terasa berdosa dihati ini. Ketahuilah hingga saat ini aku tidak pernah tenang atas apa yang berlaku. Aku seringkali menyalahkan diri ini, menangisi stiap apa yang berlaku. Di setiap solatku aku tidak pernah pts memohon agar kita diberi kesabaran, hidayah dan petunjuk untuk menghadapi semua dugaan dalam perjalanan hidup kita. Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita. Moga kau dan aku diberi ketenangan tuk menghadapi semua ini. Benar kita hanya mampu merencana, namun ketentuan hanya dari-Nya yang Esa. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Kenang la daku dalam doamu..
Aku ingin sekali kamu tahu bahawa aku tidak pernah membenci dirimu, tak terniat tuk melukakan hatimu. Sememangnya hati ku terluka dengan cara dan sikapmu, kau snang sekali membuatku begitu, walau berjuta kali hati ni kau lukai, walau seribu kesakitan menghiris, namun tak sedikit rasa kebencian berbekas dihati ini. Maha suci Allah, yang melahirkan rasa cinta dihati manusia. Agaknya, benarlah kata orang bila kita mencintai seseorang takkan ada istilah benci dihati. Ntah la, amat sukar tuk berbicara tentang hati. Saya tidak menyalahkan awk, sy mengerti kdng2 sy lupa awk ada hak tuk memilih jalan awk sndiri, mgkin sy terlalu memaksa awk. Maafkan saya tuk semuanya itu, mungkin sy tidak pernah memahami akan diri awk. Saya seakan tidak percaya semua ini berlaku, ia bagai mimpi. Tak mungkin kan awk sanggup buat saya camni? benarkan awk tidak sayang pada sy lagi?
"Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan."~ Mahatma Ghandi
Terima kasih kerana pernah tercatat dalam diari hidup saya, menghadiahkan rasa dihati saya, mengukir cerita2 cinta ditaman hati ini. Semuanya masih segar tersimpan dihati ini, tidak pernah hilang walau sesaat pn. Apatah lagi tuk melupakan, hmmm... tntu sekali mustahil. Namun apa guna kalu hati saya mengharapkannya, namun dihati penuh rasa kecewa. Cari lah bahagia dihati abang, B hanya mampu berdoa dan mengharapkan bahagia tuk kita semua. Ketahuilah, syang B sama sprti 7 tahun dulu, kasih B sama sprti waktu dulu, cinta B masih segar di sini..
Namun... lorong-lorong ini harus saya langkahi jua, terasa pandangan ini masih lagi dalam kesamaran. Berharap tiada lagi liku-liku yang mencabar semangat diri. Kekuatan ingin ku cari, dimana dia kekuatan hati?
AnDainya perpisahan ini adalah jaLan KebahagiaAn buat dirimu, akan ku cubA untuk melakar mImPi2 indah mu itu, WaLau terpaksA ku hapuskAn impianku..Membiarkan kau berlalu, amat memeritkan diri ini.. Melihat langkahmu yg semakin jauh meninggalkan ku, menjadikan diri ini tidak keruan. Engkau pasti tahu itu, kerna setiap kali pertemuan kita, terlalu sukar untuk kita berpisah kembali. Seringkali terasa sebak didada ini, berat sungguh rasa dihati meskipun hanya untuk perpisahan yang seketika.. Apalagi tuk perpisahan ini, terlalu perit tuk ku tempuhi. Namun, harus kurelai, percaya akan takdir Ilahi.
Maafkan ku, sehingga kini aku tidak tahu mengapa terjadi semua ini. Maafkan B kerana tidak memahami diri abang. Sesungguhnya, B seringkali berusaha untuk memahami diri abang. B ingin sekali mendengar cerita2 dri abang, ingin berkongsi segalanya.. tapi abang tdak pernah ingin berkongsi msalah dengan B.. kekandang B rasa B ni tak bernilai buat abang.
B ingin sekali menjadi pendengar setia abang, B ingin sekali menjadi sahabat pendorong abang, B ingin sekali menjadi teman dikala abang keresahan, B ingin sekali menjadi isteri dikala kedukaan,
Tetapi itu semua hanyalah sebuah impian, yang akhirnya kecundang jua ditengah jalan.. Apa daya diri ini, andai ia kemahuan abang. Walau hati tidak pernah berhenti menyebut nama mu, meskipun minda ini tidak pernah berhenti memikirkan tentang dirimu.. Walau berjuta kelukaan terguris dihati ini, seribu kesakitan menghuni dri ini, namun sedikit pun tidak tersimpan kebencian dihati ini. Maha suci Allah, yang menciptakan rasa cinta dihati insan yang bergelar manusia. Moga aku terlindung dari rasa kebencian ini...
Hmmm.. dh lama aku tak menulis, maklum la berada kat kg ni line tenet ssh skit.. byak gak la citer dan perkara yg berlaku spnjng aku kat kg ni, cuma msa je tak ckup tuk aku menulis dlm blog ni.
Tanggal 13 jun 2010, dalam kul 12.35 tghari kakak aku telah slamat melahirkan bayi lelakinya yg kami beri nama Muhammad Adiq Zaquan bin Junaidi Escobido melalui pembedahan. Bukan main gelabah lagi kami masa tu, lbh2 lagi abg ipar aku, mcm kucing nk beranak lak dia tak dok diam. Ape ek perasaan si suami bila isteri nk bersalin ni?.. Sejam kemudian akak aku dah keluar dri wad bersalin, bukan main seronok agi bila dapat tgok muka baby dia. DEkat seminggu jgak la kena dok hspital, penat aku dok berulang alik dari machang ke kuala krai ni..
Tiga ari selpas tu, spupu aku lak bersalin anak perempuan, wah makin meriah lah keluarga kami.. Seronok bukan main lagi aku, mana taknya raya ni sah penuh umah aku, silap2 ari bulan aku gak yg kena tido kat dapur..huhu.. Penat pon ada dh smua dh naik pangkat 'Datin'.. jadi aku la yg kena wat smua benda.. xpe la dh nsib ank bongsu agaknya..hehe..
Yang aku sedihnya, bila la turn aku lak.. tringin gak nk rasa bhgia cam orang lain ni..takut pn ada ..apa pun.. releks dlu.. buka ruang buat diri.. bernafas dalam erti cinta yg hakiki...
" SePasaNg Mata Mu yaNg saYup, mEreNung leMbut kE wAjaHku meMbuAt hAtiKu haNcur LeBur, tAk maMpu kuTaHAn aIr mAta yaNg guGur, SesudAh tErputus ikAtan Tak teRtutUp pIntu haRapaN , menGapa harUs berJumpa laGi, sekAdar mElepaSkan riNdu taK beRerti.."....
Mengapa begitu Sukar tuk menatap wajahmu, terlalu berat rasanya tuk ku mengangkat pandanganku ke arah mu walaupun kau berada didepanku. Aku hanya mampu menjeling manja, manja ke? huhu.. Kau membuat ku hilang seribu perkataan, aku seperti orang yang tidak tahu tuk berbicara. Ketika itu, aku hanya mampu mendiamkan diri, nasib ada kawan yang meriuhkan suasana. Mangapa aku begini? dan kau kulihat seperti tiada apa2 yang berlaku. Apa mimpi semalam sudah kau lupakan? Mudahnya tuk kau yang bergelar lelaki, dan aku wanita yang sentiasa terhilis. Begitu sukar menyapu lembut luka-luka semalam.
" Kita mampu mencintai seseorang dalam beberapa saat je, tapi untuk melupakan adalah seumur hidup"
Itulah, bila seorang perempuan mula mencintai, mula menyayangi, mudah memberi sepenuh hati hingga tiada berbaki lagi. Akhirnya, yang tinggal sisa-sisa hati yg perlu diubati. Bukan mudah tuk melupakan, bukan senang tuk menghapuskan. Andai hati dapatku keluarkan, senang je kan.. boleh dibasuh dengan clorok, boleh diletak minyak gamat agar lukanya cepat sembuh, dan macam la. Tapi sekeping hati!! Agak nipis bentuknya mudah sekali tersentuh, lembut bila dipujuk. Huh!! Susahnya untuk melepaskan sesuatu yang telah lama menjadi milik kita walaupun tak rasmi.
Kerna ia datang tak berundang, pergi tak berpesan.. Kesan terlalu dalam..;( Bertembung mata denganmu seakan luluh segala jiwa. Sebak dihati ini, tak terluah oleh kata, tak terjangkal oleh akal. Bingung aku dikala itu, minda seakan tidak berfungsi. Terasa air mula memenuhi takungan mata ini, tak tertahan rasanya lagi gugur kini membasahi pipi, andainya kau mengerti. Apakah erti perjumpaan ini? menyambung harapan atau sekadar melepas rindu dihati. Semuanya tak bererti andai engkau sendiri tidak mampu mengakhiri, segala jawapan yang tidak pasti.
Bangkit je aku dari tido, xde benda lain la yang aku buat, mesti aku cibuk bukak itenet. Petang2 camni, keje umah smua msti aku dah beresi, tanggan aku mula memainkan tetikus laptop aku ni, satu persatu aku bkk laman web,'muka buku' itu semestinya.. Daripada profile ku sehinggalah kepada profile sahabatku ku bukak, tak lupa jgak profile dia, kawan dia dan ape2 yang berkaitan dengannya. Pasti kan ku terokai, bukan ape saje aku mahu mngetahui pkembangan dia. Maklum la, nk terus tnya 'deret' je, malu, ego, tak mau mngalah dan macam2 lagi la. Lagipun, kita xleh nk bgi muke sangat, mula la diore naik tanduk. Baik dibiarkan je, tak salahkan mengitai dari tirai.. tirai ape ek,, hehe mcm lagu tu la, "Mengintai dari tirai kamar", Wah2!!!. Hmmm, teruk gak pragai aku ni, apa pun jgn bagi dia tau..hehe..
Ku bukak lagi dan ku bukak agi.. Bung!!! mcm ada bende jatuh kat atas kpala aku ni bila aku terbaca komen dia nga kwn2 dia, ku teruskan lagi mcm aku knal je awek ni. Toing!! baru aku igat ni awek lama dia, hati aku mak oi mcm kena cucuk lak, sakit wei..huhu, badan dh mula terasa panas, aku mcam cacing kepanasan lak mau je mngelepar kat cini, tapi nmpak mcm xnormal sgt.
Ku baca satu persatu, adoi la apsal mcm mesra sgt ni. EEee, geram ke aku ni, sakit ke aku ni. Aku pn dah xtau ape penyakit lak terkena kat aku ni. Benci mula la membuak-buak, menyampah pn ada. Kenapa ek? aku sakit ke, sakit ape?
Dalam kepala otak aku ni, mula la mcm2 soalan yg kuar, kalu aku leh jwab ok la jgak. Mesti aku dapat A++ gitu, ni tak O, Zero beb!!! alih2 aku gak yang tension...Diaore sae blik ko? Cinta lama berputik kembali ke? dieore nk jupe ke? kat mana? Isk!! nape la kpala aku ni sbuk sgt mimikirknya, mcm xde benda je nk pkir. Tapi mmg pun, hehe..Aduh!! biarkan dia, nape lak aku myibukkan diri aku dgn msalah ni. Lagipun..lagipun...tiada apa2 lagi yang mampu dipertahankan..Biarkan, biarkan, biarkan.. si kuncai dengan labu-labunya.. dan aku dengan laptop aku ni..hehe..
Nak kata dia pak we aku, tak gak. Dlu mungkin la, jadi nk buat ape aku naik angin ni. Hish!! ssah la pompuan ni, sikit2 nk terasa, skit2 sensitive. Tp normal la kn?? Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
"Aduhai lelaki yang telah memberi sinar dalam hidupku! Datanglah kepadaku dengan sejuta cintamu Jagalah hatiku dalam pelukanmu Sesungguhnya hidupku tidak akan sempurna tanpa belaian jemarimu Hidupku tidak akan bersinar tanpa belaian jiwamu Hidupku takkan bahagia tanpa dakapan hatimu Aku terlalu mengharapkanmu untuk menemaniku sehingga Tuhan memanggilku
Aku di sini berseorangan, merajuk sepi, meneruskan hidup dengan kerinduanku Menahan kepedihan hati yang ditambahi dengan kehangatan malam pada musim ini
Aku cuba menghapuskan sepi ini dengan membayanganmu Meskipun aku harus tersenyum keseorangan Aku cuba untuk menghilangkan rasa lapar ini dengan hidangan-hidangan ilusi yang kau datangkan dari tanganmu yang lembut
Aku sedang berangankan dirimu Khayalan yang aku harapkan menjadi kenyataan dalam hidup ini Sayangku, kaulah harapanku...".
Saya berharap kamu akan membalas surat ini dari getaran-getaran jiwamu, bisikan bahasa hatimu dan dari alunan getaran jantungmu. Aku ingin merasai sentuhan cintamu dari setiap kata-kata yang akan ditulismu. Selamat malam sayang, moga kau mimpi yang indah.
Insan yg mencintaimu.. ............................................
Hmmm.. dah 3 mggu aku tanam anggur, kalu berbuah best gak leh la aku jual dapat gak duit blanje aku, ni tak..huh! dah namanya pnggangur mana nk dpt hasilnya..hehe..Boring tu xusah cakap ar, dok main kelik pah kelik pah jo, bangun mkan n tido. Tu je la keje aku, nasib baik la ada blog ni, leh la jugak tempat aku melepaskan rasa boring aku ni, nk kuar huh hempeh duit satu sen pn xde..
Nasib dok free je, kalu tak mati kering la aku. Kalu ikutkan ati mau je aku blik kampung awal2 tp dah diberi ingatan dek my mum, lebih kurang cam ni ayat dia " ala, dok ar dlu teman cik tu, kcian nak branok xdok ore, pah2 nk kelik gak kelik nga dio la...".. Jadi aku ni, terpaksa la menemankan orang yg nk bersalin ni, iaitu akak aku la..
Tapi punya la lama aku tunggu, baby dia xmau gak kuar2.Arg!!!! boring tahap gaban dah aku ni. Tiap2 mlm aku pujuk baby dia, kuar la cepat dik, mak su dah lama tggu ni smbil ku usap perut akak aku. Tp budak tu senyap je, mgkin buat xtau je kot. Aku dah serba xkena ni, makan xlalu, tido xlena, tapi mandi basah jgak ar. Dah tiga ari aku xlalu makan, nasi tu dah xselera nak jamah kalu makan pun dua tiga mulut je.. Berat badan pun dah turun, macam ringan je, semalam ribut taufan agin kencang nasib la aku dpt berpaut pada tiang umah aku ni, maklum la diterbangkan angin..hehe..*auta* ..huhuhu!! sedih bagat rasanya mau je nk nangis. RiNdu bagat mau balik ke kg halaman ku yg tercinta tu..Nun.. jauh dipntai timur, terbayang2 muka mak aku yg comEl tu wlaupun dh dimamah usia. Luv my mum..
Semalam bila kakak aku blik dri keje, dia cakap dah abik cuti, mgkin dalam 3 or 4 ari agi kita blik kg.. WaaHhh!!! appy giler aku dgr. Yeah!!! berjaya jgak misi aku pujuk kakak n abg ipar aku tu tuk blik bersalin kat kelantan. Hehe!!! mana taknya, tiap2 malam aku pujuk beb! dah tu diorang tegok muka aku yg mcm kucing yg mintak simpati cam dalm movie shrek 4eva tu. Kcian beb, xsampai ati kot..hehe, yela dah byak ari xmakan nasi mngalahkan ore putus cinta..hehe.. Putus CiNta ke?? kwang2!!!
Cakap psal balik kg ni, dalam kepala otak aku ni dh penuh dgn plan2 terbaru. Hehe, yang bestnya nk kuar jupe member2 lama masa sek menengah lu, nk cipta kenangan. Yela, bukan senang dpt cuti n jupe ramai nih, masa ni la abik pluang kn bila dh msing2 ada kluarga susah lak kn. Di musim2 ni gak la, byaknya kad2 jmputan wangi yg smpai kat aku, nk pegi tu aku xkisah sgt. Yela dah ore jmput p je la, kn xjemput terasa lak. Tapi ape lg nk buat kat kg ni?? Shopping ke? kat mana ek, rantau panjang?? ada duit ke..hehe, sah poW duit mak aku hehe..paling tak pn pasar sena, tu pn sbb nk bli mkanan je maklum la kat pasar sena byk choice ckit.
Eeee, lambatnya tggu nk balik ni, tak sabar rasanya nk dapat hadiah dari dia. Comel ke? apa pn dapat free, apa aku kisah dah org ikhlas nk bagi terima jela. Rezeki jgn ditolak. hehe.. Berdebar pun ada jgak ni, xpe ke? boleh je kn? xsalah rasanYa. Kita tunggu je la, kan kuat lak aku ni berangan... dah la xde keje slain dri berangan..Huh!! xsabar nk balik..hehe..
"Hoho..hoo...ho..ho..balik kg..ho..ho balik kg hati girang..." ..
Sesuatu yang telah berlaku telah pun berlalu, meskipun kita cuba mengubahnya namun ia tidak mampu kita kembalikan lagi, mana mungkin masa mampu diputar kembali. Kenapa mahu memandang kebelakang? apa yg ada di belakang? hanya kisah semalam...kisah hanya sebuah cerita.. hmm, cerita semalam!! yang pasti hanya sebuah kenangan, yang baik jadikan teladan yang pahit jadikan sempadan, yang manis jadi ingatan yang pahit kita lupakan..
Bangkit dan pandang lah ke hadapan, sekarang adalah masa untuk membuat perubahan pada diri dan kehidupan. Meskipun berada di tengah-tengah badai dan angin taufan akan ku cuba mewarnai dunia kehidupan, agar tidak pudar oleh kenangan tidak luput oleh kesilapan. Manusia sering berubah, manusia juga sering mengubah. Adakah aku harus berubah? ye pasti.... Optimislah!!!
Sesungguhnya selepas kesusahan itu pasti akan ada kemudahan, semoga aku akan dipermudahkan oleh-Nya dan diberi kebaikan atas segalanya.. Semoga hari esok akan menghapus semua mimpi-mimpi buruk, bisa mengusir segala kesedihan dan mengantikannya dengann senda dan tawa, gurau dan senda.. Ah!!! aku merindui saat itu... paSti!!! akan ku selongkar Jiwa naN LaRa ini dalam mencari JaLan puLang keManisan hAti...
SeandainYa kita dalam kesusahan dan kehilangan sesuatu, percaYa la kita seDang diuji.. ucaplah Kalimah; .... La ilaha illalah.. dan berdoalah kepada-NYa.. Ya Allah, aku redha dengan ketetapanMu ini, kau ampuni lah dosa2 ku.. kau gantikan la sesuatu yang lebih baik daripada kehilangan ini.. Sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui..Amin..
Lelaki itu... Hadir pada zaman keremanjaanku, mendorongku pada kejayaan, mengajar akan ku kekuatan, keyakinan, dan kejujuran.. Dimatanya ku lihat keiklasan, penuh kilauan kasih dan sayang, tanpa ku sedar sinarnya tembus menusuk sanubari... namun keyakinan ku pudar, pada rasa yg telah hadir, ku tetapkan didalam hati, dia teman sahabat setia, perjalananku meniti usia, memisahkan dua hati memendam rasa, tiada sahabat pengubat duka, namun dirinya tak pernah ku lupa, hingga malamku sering bermimpi, bertemu kanda pujaan hati.. Bukan ku minta untuk menyinta, apakan daya hati meminta, andai tersurat jodoh pertemuan, kau dan aku pasti dipertemukan, dalam suasana penuh keredhaan, bersama rahmat yg Maha Esa, pada Bulan ku berjanji, Bintang pula menjadi saksi.. kuperteguhkan cinta dijiwa, mengikat janji setia.. maka terlafaz lah kata....????
Tujuh tahun lalu, masih segar diminda ini, ingatkah kau ketika itu kita sama-sama mengejar cita-cita dalam meniti usia remaja. Kau dengan kehidupan mu dan aku dengan kehidupan ku, masih lagi bermain dikotak fikiranku, waktu itu kau begitu terkenal kerana kau salah seorang ahli teater bahasa inggeris di sekolah. Kau mula diminati oleh pelajar perempuan sedangkan ku hanya mampu memandang mu dari jauh. Entah kuasa apa yang menghuni hati ini…terbit rasa yang ku sendiri tidak mengerti mungkin kerana ketika itu aku tidaklah begitu matang untuk berfikir tentang diriku apatah lagi untuk menyedari tentang perasaan yang hadir dalam hatiku.
Suatu ketika dulu kau pernah bercinta, namun gadis itu bukanlah diriku.. tahukah kau ketika itu remuknya hati ini, apatah lagi bila bertembung dirimu dengan dirinya.. kukira ia hanya perasaan remajaku.. tapi disepanjang perjalanan ini kau sentiasa kurindui… pantang kudengar sahaja cerita tentang dirimu dari sahabat kita pasti kucuba bertanya tentang dirimu.. walaupun aku terpaksa menyembunyikan perasaan ku terhadapmu pada saat itu.. tahukah betapa sukar untuk ku pendamkan perasaan ini… Adakah ini harga yang harus ku bayar untuk sebuah kasih suci? Kau andaikanlah aku orang pertama yang sanggup berkorban untuk membayar harga sebuah kasih itu andai ia mampu untuk meraih kasih mu. Dan sekiranya ia mampu menjanjikan kau dan aku sebahagia….
“sebahagia burung yang berterbangan bebas diudara…”
“seagung kasih Adam dan Hawa ”
“semurni cinta Shah jahar pada Mumtaznya ”
“seteguh kasih Lela dan Majnunya”
Mungkin kesibukkan ku pada pelajaran menyebabkan aku tidak mengingatimu, kerna pada tahun itu aku perlu menduduki peperiksaan STPM, lagipun aku sangat bertuah kerana dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang rapat denganku dan keluarga yang tidak putus-putus menyokongku untuk berjaya dalam pelajaranku. Dengan itu, aku terus berusaha tanpa memikirkan hal-hal yang berkaitan dengan rasa cinta itu. Alhamdulillah, dengan berkatNya aku berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah pusat pengajian tinggi awan. Disini aku ditemukan kembali dengan sahabat kita, kami tinggal serumah. Dari sini bermulalah kembali episod sebuah rasa kasih dihati kita, hingga lahirnya satu ikatan hati yang tidak bisa ku singkirkan lagi…Maafkan diri ini…
Untuk pertama kali kau kukasihi,
Apabila ku mengetahuikau begitu rapat dengan sahabat kita, aku mula merisik khabarmu dari teman kita. Dari situ aku memperolehi no phone mu, ku cuba menghubungimu walaupun ketika itu hanya sekadar ingin berkenalan rapat denganmu. Nampaknya aku tidak bertepuk sebelah tangan kau turut menyambut huluran ikatan persahabatan ini. Kata orang dalam hubungan persahabatan takkan ada istilah perpisahan walaupun maut menjadi nokhtahnya. Benarkah?
Untuk pertama kali kita berjumpa selepas perpisahan yang kukira agak panjang tapi bagiku ia bukanlah sebuah perpisahan tetapi sebuah penantian dalam meraih kasihmu. Jadi aku tidak pernah merasa kehilangan dirimu, kerna keyakinan ku, kau tetap kukasihi melainkan sudah kehendak-Nyakiranya tiada jadoh antara kita. Ingatkah lagi dirimu, pada hari raya ketiga tidak silap ku 15 October 2007 kau datang ke rumah ku bersama teman-teman kita. Itulah pertemuan pertama kita setelah sekian lama tidak bersua, hatiku berdebar-debar apalah tanggapan pertamamu terhadap diriku. Masih ingatkah? Mulutmu seperti terkunci kau hanya menyepikan diri, kesalkah kau mengenali diriku? Maafkan aku…aku bukanlah sesempurna wanita, sesungguhnya aku ikhlas dalam perkenalan ini.
Sekali lagi kita berjumpa, aku tidak tahu ikhlaskah kau terhadap pertemuan ini atau ia hanya sebuah rancangan sahabat kita untuk mempertemukan kita berdua. Kita berjumpa hanya sekejap sahaja, tidak puas rasa hati ini, kau terpaksa mengundur diri mungkin waktu mencemburui kita. Dan aku tidak pernah menyalahkan ketentuan waktu. Di pertemuan itu, aku memberikan mu sebuah hadiah yang kubelikan sempena hari lahirmu yang ke-22 tahun. Walaupun agak lewat untuk kusampaikan kepadamu, aku ikhlas diatas pemberian tersebut. Janganlah kau menyangka yang bukan-bukan terhadap pemberianku itu.
Benarlah ada pepatah mengatakan “kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari”, kau mula menyepikan diri selepas pertemuan itu seolah-olah melarikan diri dari ku… satu pun panggilan ku tidak kau jawab kalau ada pun pasti kakakmu yang jawab panggilan itu. Ku tebalkan muka ini hanya untuk sekeping hati yang ku sendiri tidak ketahui adakah berjaya kumiliki. Ntah! kuasa apalah yang ada pada cinta hingga manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memilikinya. Kenapa? Bencikah kau pada ku? Rimaskah kau? Atau aku terlalu memaksa mu? Menyesalkah kau pada pertemuan ini? Pelbagai persoalan yang timbul dalam hati ini, pedihnya ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu, ku tangisi perpisahan ini. Pelbagai nasihat yang disuarakan sahabatku namun ia seolah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Fikiran ku buntu, beku , kaku untuk ku ungkapkan. Hanya satu yang ku inginkan ketika itu, Cuma penjelasan dari mu.. walaupun kau tidak menyukai diriku, mahupun pedih untuk kuterima.. aku perlukan penjelasan agar terlerai segala persoalan yang terbuku dihati ini. Mengertikah kau!!!
Disini terlerainya hubungan antara kita, aku tidak mampu lagi untuk merebut kasih mu, begitu kebalnya hatimu. Aku terpaksa memutuskan untuk tidak lagi menganggu kehidupan mu. Semusim rindu berlalu, namun tidak mampu untuk menghakis kerinduan ku terhadap mu. Kesibukkan ku pada pelajaran sekurang-kurangnya mampu mengurangkan ingatan ku terhadap dirimu, kadang-kadang aku lupa akan kewujudanmu. Tambahan pula, aku dikelinlingi oleh teman-teman baru dikampus. Kehidupanku kembali ceria, seceria dahulu namun tanpa hembusan nafas kasihmu..
“Walau ku masih mencintaimu, ku harus meninggalkanmu,
Ku harus melupakanmu, meski hatiku membuntukanmu,
Ku harus merelakanmu…”
22 May 2008
Untuk pertama kali kau kucinta,
Entah kuasa apa yang menghuni dirimu, tanggal 22 February 08 kau mengirimkan sms pada ku setelah sekian lama, waktu itu aku seperti tidak sedar bermimpikah diri ini.. ku cuba membaca kembali sms yang kau kirimkan, kau bertanya khabar tentang diriku. Pada ketika itu, perasaan ku tidak menentu, apa yang harus kulakukan haruskah aku membalas kembali huluran salam darimu. Mungkin pada waktu itu aku beranggapan kau ingin bersahabat kembali denganku, jadi aku tidak menghampakan harapan mu kerna pada diri ini tersimpan secebis kenangan itu. Diatas nama sebuah persahabatan yang terbina, aku membuka lebaran baru tanpa kusedari menbibitkan bunga-bunga kasih hingga berputiknya kelompak cinta, ku harap ia akan terus mekar mewangi…
Sesungguhnya.. saat ini ku yakin kau ku cinta.. kau bajai benih cintaku, hingga tumbuhnya tunas-tunas harapan dalam jiwaku, sehingga mekarnya kelopak kasih mewarnai hati ini. Janganlah kau rampas lagi dariku, aku tidak mungkin mampu seteguh gunung, sekental Zulaikha, atau segagah badang… kerna.. kerna aku insan kerdil dibumi Tuhanku yang tak mampu mengubah ketentuan-Nya. Bodohkah aku untuk meraih kasihmu? Biarlah aku menjadi insan yang bodoh dalam mendamba sekeping hati itu…Bukankah cinta itu buta? buta dalam menilai segalanya sehingga menjadikan aku seorang yang bodoh?
Pada ketentuan Ilahi aku berserah, moga kau dan aku disatukan dalam ikatan murni bersama kalimah suci yang diungkapkan pada majlis yang sempurna, aman dan penuh kasih sayang. Bermimpikah aku, bukankah setiap manusia perlu bermimpi, bukankah setiap mimpi mempunyai suatu impian. Bukankah itu suatu permulaan yang baik. Tinggikah impianku? Bukankah setiap manusia perlu mempunyai impian, dan impianku tidak salah bukan? Dan ‘Cinta’ tidak semestinya memiliki dirimu,,,, sungguh ku gembira, tidak tergambar perasaan dihati ini betapa bermaknanya kau dihatiku. Oh! Apa lagi yang perlu kulakukan agar rasa kasih ini tetap mekar dalam hati kita.
Mengapa dalam perhubungan ini, ada ribut yang melanda. Kita sering bergaduh, atau lebih tepat sering merajuk antara satu sama lain. Kau seakan tidak mahu mengalah denganku, egomu terlalu tinggi. Setiap kali bergaduh denganmu pasti aku yang memujuk dirimu dahulu. Tidakkah aku yang perlu dipujuk? Aku wanita kadang-kadang inginkan perhatian darimu, sukarkah untuk kau mengerti. Entah pada siapa harus ku luahkan rasa yang terbuku dihati ini, kau tidak lagi bersama dalam menemani hari-hariku. Pada siapa untukku rintihkan setiap kerinduan, kedukaan dan kesengsaraanku. Mungkin juga kasihmu bukan untuk diri ini, hati itu bukan milikku, aku redha menerimanya, janganlah kau rasa bersalah pada diri ini kerna tiada paksaan dalam percintaan. Kebaikkanmu kuhargai, keikhlasanmu kusanjungi, kejujuranmu adalah kebanggaanku, kebahagiaanmu adalah keutamaanku. Aku sedar aku harus menerimanya, dengan perlahan gengaman kasih kulepaskan bersama impian yang kehancuran… namun dirimu tak pernah kulupakan..
13 July, 2008
Kita bertemu lagi dalam episod sebuah cinta, kau kembali menyambung kasih yang terlerai dulu. Aku sedar setiap kali selepas kita bergaduh, hubungan kita menjadi semakin rapat. Kau sentiasa menghiburkan aku dengan gurauanmu, saat itu aku terlalu bahagia. Disetiap doaku aku memohon agar Dia dekatkan hatimu dengan hatiku, agar tersemai rasa kasih sayang antara kita. Namun, jodoh adalah ketentuan-Nya, yang pasti aku tidak putus-putus memanjatkan doa untuk kebahagiaan kita. Kernasesungguhnya, aku cinta padamu, my hubby… aku mula memasang angan-angan untuk hidup bahagia bersamamu, pelbagai rancangan masa depan telah direncanakan. Mungkin bagimu ia satu gurauan, tapi hakikatnya satu impian dalam hati ini.
Entah apa yang berlaku, tiba-tiba kau tidak lagi menghiraukan ku, tanggal 22 september 08, pada bulan Ramadhan ini, kau telah tinggalkan ku. Ternyata kau tidak pernah menyayangi diri ini. Kau mengiakan pertanyaanku… kenapa baru sekarang kau menyatakannya setelah aku tidak mampu menghakis rasa kasih ini. Pernah dulu aku bertanya padamu, adakah dirimu akan tinggalkan ku? Katamu kau tidak akan tinggalkanku.. kau bilang kau sayangkan ku.. pernah juga aku memberitahu mu agar berterus-terang denganku supaya kau tidak permainkan perasaanku, tapi kau pasti mengelak setiap kali aku suarakan tentang hubungan kita. kau membuat diriku hanyut dengan rasa kasih yang terbina. Kau meninggalkan rasa kesal dihati ini, kesal dengan kesilapan kita. Berkali aku meminta agar kau dan aku memperbaiki kesilapan ini, kau mendiamkan diri, dalam masa yang sama kau menyakiti hati ini. Untuk apakah semua ini? Permainan apakah semua ini, andai ini adalah sebuah permainan kaulah seorang pemain yang paling hebat kerna berjaya menghancurkan hati ini. Apakah semua yang kau lakukan ini kerana kau tidak pernah menyintai diri ini…
Sedarkah kau, betapa hancurnya hatiku.. orang yang paling kupercayai rupanya mempermainkan hati ini. Aku tidak mampu lagi untuk berdiri teguh, mempertahankan kasih yang semakin bernanah meninggalkan kudis dihati ini. Seandainya aku mampu untuk membenci dirimu. Sehingga kesaat ini, tiada satu pun penjelasan yang kau berikan, tiada jawapan pada semua persoalan dihati ini. Tahukah kau, bagaimanakah rasa berada dalam penantian yang tiada berkesudahan? Tentu kau tidak mengerti atau pura-pura tidak memahaminya kan? Adakah aku tidak mengerti akan dirimu atau kau malu sekiranya kawan-kawan kita tahu tentang kita. Atau sememangnya aku tidak layak berada disampingmu, itukah jawapannya? Akukah yang bersalah, jelaskanlah apa kesalahanku. Apakah kau marah padaku…
Benarlah kata seorang pencinta yang setia “andai kita mencintai, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana ia akan layu juga akhirnya. Biarlah cinta itu seperti air sungai yang mengalir kerana ianya akan mengalir buat selamanya”. Jadi biarlah aku menjadi sungainya… dan hingga ke saat ini kau tak pernah kulupakan. Tiada sehari pun dalam hidup ini tanpa mengingatimu. Aku terlalu rindukan dirimu, apa yang harusku lakukan. Bagaimana nak ku pujuk hati ini. Diri ini dah penat, terlalu penat hingga kadang-kadang terasa ingin memejamkan mata ini, supaya tidak perlu lagi memikirkan segala-galanya..Ya Tuhanku, andainya dia bukanlah jodoh yang ditentukan kepadaku, kenapa dirinya tak pernah kulupakan… pergi lah dari rinduku, aku merelakannya…
Aku tidak pernah memarahi dirimu, malah tidak membencimu.. Cuma aku perlu waktu, waktu untuk melupakan segalanya.. waktu untukku merelakan segalanya.. izinkan aku membuka sayapku, supaya aku mampu untuk terbang.. terbang bebas tanpa ku berpaling pada jejak yang telah ku tinggalkan… ku harap dirimu mengerti akan naluri wanitaku. Jangan memaksa diri ini lagi, ku bukan insan yg kau kenali dulu, benarkan untukku berdiri ditapak yang kupilih ini. Relakan lah!!!......
"Aku hanya penyair cinta,ku menulis puisi cinta dari sepi mlm yg gelita hgga gemuruh siang, agar cinta ini mekar selamanya.."
:: aku menulis bukan kerna nama, kerna sifat kasih sesama insan, untuk menyatakan kasih sayangku..KIta semuanya sama::
Kebaikkanmu kuhargai, keikhlasanmu kusanjungi, kejujuranmu adalah kebanggaanku, kebahagiaanmu adalah keutamaanku.
Lakukan sesuatu dari keikhlasan hati anda, dengan tidak mengharapkan balasan, namun tanpa anda menyedari anda telah memperolehi 'ganjaran'nya.. (31/3/2011)
"Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan."
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."
Be A haPpiEsT WomEn
" Wahai saudariku, keaYuan seMula jadimu adalah leBih Menarik daripAda kiLauan Matahari, KewanGiaN bUdi peKertimu adalah Lebuh waNgi daRipADa miNyak KaSturi. Dengan keRendaHan hatimu, kaMu biSa leBih tinGgi daRipada Bulan, dan deNgan keLembUtanmu, mengatAsi keHaluSan aiR huJAn yaNG renyai.." oleh itu, jagalah kecAnTikkan itu dengaN keImanan, kereLaan dan ketaKwaan..
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.
Salam PerPisahan
Jika seseorang hadir dalam hidupmu dan menjadi sebahagian darimu, Tetapi atas Alasan tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, Terimalah kenyataan itu dan setidaknya dia pernah membahagiakanmu.
Yang indah itu pertemuan, Yang manis itu kemesraan, Yang pahit itu perpisahan, Yang tinggal hanyalah kenangan.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Jadi ape Kamu TunGgu LaGi skrang?? peGi la PeLuk eRat dn BicaRakan la padanya..
" Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji." ~ Hamka
HaRGai aPa MiLikMu..
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
LenToQ Beb!!!
MaRi BerPaNTun...
PuLang Ke KL naik kEreta, TinGgi keReta daRilah daDa, Kg haLaman jAuh diMata, RinDu teRiNgat aYah daN boNda.
SelaNgit bahaGia buKAn duka, SeLaut kaSih buKan deRita, Kalau beGitu kata dirEka, ItUlah buKti kAu menYinta.
Usah dIpeTik bUnga keMboja, AgAr caNtik diPandAng Mata, JaUh disAna kupUja-puJa, Biar RinDuku beRtukaR CinTa.
Asap BerKepul keRana SabUt, Mari diPadam bErsama-samA, Hati teRkenanG muLut menYebut, TidAk taHan meNunGgu tErlalu lAma.
Mencari BuLuh meMbuat raKit, BuluH banYak diAtas buKit, KalAu dah taHu riNdu itu SakiT, JanGan berMain deNgan CinTa.
Membeli Baju deKat buTik, Untuk diPakai maLam peSta, Apakan daYa riNdu berPutik, Bukan ku piNta Untuk menYinta.
Makan durIan minTalah sedikIt, Masa mAKan teRingaTkan Pak We, MemaNGku tahu riNdu itu SaKit, Namun, Patah saYap teRbang juA.
Kepiluan hati..
"SaAt Ini iNGin meLUpakan, saAt iNI iNGin MeLUahKan, SaAt iNI InGiN mEmaDAmkaN, SaaT INi INgiN MeLupUTkan, SAat ini IngiN meMBahaGIakAn... DaN SesUNgGuhnYa SaAT inI AmaT BeRMakna"... BuaT kiTA seoRAng...PecinTA.. Adakah ANda??
ZaMaN stUdy lu..
" Jika Anda maMpu mEmBUat diRI anDa iNdaH, Maka aNda maMpu meLihat seTiap keIndahan yaNg aNda PaNDang.."
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Aku.. Aku yang bernama rindu.. Aku hadir pada jiwa-jiwa yang kosong.. Aku robek dan aku tembusi perasaan halus manusia.. Aku tidak kenal lara.. Aku milik sejati takkan mati.. Biar aku dikatakan punca.. Aku memang adakalanya pendusta, Namun aku terus bertakhta selagi ada CINTA...