Wednesday, August 25, 2010

Air Mata SeOraNg WaNita.

Mengapa wanita suka mengalirkan air mata? tentu kita sedia maklum bahawa jiwa sorang wanita amat lembut, mudah sekali tersentuh, jadi meraka sememangnya dari golongan yang sensitif. Tapi sedarkah kita kenapa mereka berkelakuan begitu. Jadi jom kita ungkai sedikit tentang persoalan ini..Hmmm..

Air mata wanita ni juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki.. So, persoalannya disini, kenapa wanita air matanya mudah sangat mengalir? kenapa? wanita ni memang di cipta Allah dengan sifat yang lemah lembut dan wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9. wanita akalnya 1 di kawal oleh 9 nafsunya. begitu juga lelaki ,9 akal tu yang mengawal 1 nafsu tu.

Kadang-kadang ada sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan jelik jika wanita tu menangis atas perkara yang remeh. Dari aspek ini, lelaki seharusnya memahami wanita dimana wanita akan menangis jika perkara tu betul2 menyentuh hatinya. Tambahan pula dia akan lebih mudah menagis jika orang yang dia sayangi tak ambik berat tentang dirinya..perkara ni nampak kecil je kan? tapi pada wanita hal ini amat terkesan dalam hati dia.

ok..untuk situasi lain, contohnya si isteri mengadu pada suaminya..

"abg,bahu ayg sakit la.boleh tak abg tolong picit jap".. lepas tu suami dia cakap.."ala syg,abg pun letih juga.." pastu, pasti muncung isteri tu akan keluar sedepa. pada masa tu dia akan mula mengomel dan turunlah air mata..sikit je kan masalah nye? kalau kes macam ni terjadi macam ne? suami sure mengelabah kalau tengok isteri nangis..hehe.

so,memang tak ada cara lain, kena pujuklah jawabnya..tapi, nak pujuk pun kena ada cara., salah pujuk lagi menjadilah jawabnya. Bak kata Dr.Fadhilah Kamsah, "jika isteri tengah menagis, dan seumpama mahu dipujuk, suami kena guna cara yang terbaik, contohnya peluk isteri tu, kalau rasa tak reti nak peluk, usap lah tangannya sambil senyum ke arahnya. Insyaallah, lembut hati isteri tu."

jom kita baca kisah ni..

kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,

"Ibu, mengapa ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah, mengapa ibu menangis?"

"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,"sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,

"cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?"

Gurunya menjawab:

"Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam keadaan apapun, dan dalam situasi apapun. Walau jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,agar dapat digunakan bilapun dia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".

Ada sesetengah lelaki ini melebihkan egonya, kadang2 lelaki sanggup cakap.."you nangis r puas2 tak kuasa i nak layan you lagi"..adakah ini cara terbaik? masa bercinta dulu tak hingat! lautan api sanggup diredahi. Sekarang, isteri nangis..biar gitu je.. Kenapa wanita cepat nagis?sebab dia nak perhatian yang lebih terutamanya dari orang yang dia sayang..tengok pada anak2 kecil..jika dia menagis,apa yang dia mahu kan? belaian kan? jika pada zaman berkasih, boleh beri layanan yang hebat, kenapa ketika di alam rumah tangga layanan tu tak sama? bukankah sepatutnya lepas kahwin tu kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum? dapat pahala tu!!!

Ok.. kenapa lelaki tak mudah menangis? perasan tak kalau masa kecik2 dulu, bagi orang lelaki la ni.. kalau la budak laki ni nangis mesti mak atau ayah atau cikgu atau sapa2 saja akan cakap.. "ish..apa ni laki nagis? buat malu je.macam perempuan je.laki kuat..tak boleh nangis"... Sebabkan statement ni la yang sudah terkesan dalam minda lelaki. Memang pada dasarnya, betul.. Tapi, siapa kata laki ni tak boleh nagis? hebat sangatkah ke"ego"an tu?

Tapi, apa2 pun janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan air matanya untuk turun. Cuba selami hati wanita, wanita ni just nak dimanja,diberi perhatian. Terutamanya dari orang yang dia sayang dalam lirik lagu sumayyah nyanyian Hijjaz pun ada tertulis,

"tangan yang di sangka lembut menghayun buaian mengoncang dunia , mencipta sejarah." hehe.

dan di sebalik kejayaan lelaki itu, pasti ada seorang wanita dibelakangnya..."

"Karena wanita ingin dimengerti, Lewat tutur lembut dan laku agung, Karena wanita ingin dimengerti, Manjakan dia.. dengan kasih sayang"

Saturday, August 14, 2010

Ini Cerita Tentang Aku dan Dia

Selesai sudah cerita tentang aku dan dia, kan ku tulis cerita kita agar usai segala yang terbeku dihati. Sesungguhnya aku menulis bukan kerana nama, tapi rasa yang tersimpan dihati ini ingin sekali aku luahkan, tidak mahu terus memendam rasa. Semuanya masih tersimpan rapi, tak sedikit pun trlepas dari kotak memori ku, hinggakan begitu sukar tu ku padamkan ia. Bagaimana harus aku memulakan, dimana patut aku ceritakan. Terlalu lama ia bermula, hingga aku terluka sejak bila aku menyanyangi, yang aku tahu aku sudah mencintaimu saat itu. Terlalu banyak kisah yang tercatat dalam hidupku, pada saat dulu hingga kini. Cerita tentang kita, agaknya seperti epilog sebuah drama, kalau drama sekali pn pasti ada nokhtah cerita yang begitu membahagiakan bukan sebuah kisah tragis. Boleh diolah mengikut citarasa masing2, tapi kisah kita telah tercatat dalam skrip sebuah kehidupan. Namun, aku tidak pernah menyesal akan perjalanan hidup ini, inilah warna warni kehidupan manusia. Perlu ditempuhi, perlu dihayati, perlu diigati perlu disyukuri.

Semalam, sewaktu ku membaca Qur'an, terjatuh helaian kertas dipaha ku, ku lihat helaian itu. Oh!! ia helaian kertas yang mengigatkan ku padamu, ia masih lagi tersimpan didalam Al-Quran, aku pn dah lupa tmpat ku mnyimpannya. Masih igat lagi kah kau, ia adalah kepingan kertas tentang timbangan berat badan kita dan ketinggian. Oh!! jap kita smbung nnti yer..

Friday, August 13, 2010

LAGU RINDU


Saat aku kehilanganmu

langit kelam alam bagaikan membisu

sebak dada menyaksikan kau derita

tak tertadah juraian airmata

kiranya dapat ku putarkan masa

akan ku ubah perjalanan kehidupan

moga bahagia hatimu tetap berkekalan

apakah daya..

aku manusia biasa

mungkin dulu, langkahku tempang

gagal menghidu kedukaan yg mendatang

tapi kini..

sumpah aku pertahankan

sejarah itu tak mungkinkan berulang...


Lagu rindu tak kan padam

alunan ingatan zaman berzaman

dendangan irama cinta lamakah?

yang gemersik syahdu di telinga,

bukan pintaku perpisahan terjadi

bukan kehendak ku hubungan ternoktah

kau pergi tanpa secebis madah

ngilu dihati ku rawat sendiri

andai waktu menyatukan semula

harapan, impian & cinta

akan ku bina kasih dulu

biarlah dua hati kembali

bertaut menjadi satu

Thursday, August 12, 2010

ReLakaN Aku PeRGi

Tak tergapai dek tangan
Tak terpijak dek rasa
Tak merasa dek hati

Indahnya suatu anganan
sapamu bak hembusan bayu
mengusap lembut ke wajah bahagia
damai terasa walaupun cuma seketika

Namun
yang tinggal kini
hanyalah impian semata
mimpi ukiran indah
cacatnya tanpa penghujung
celanya tanpa penyambung

Seringkali bertanya
bilakah tibanya saat itu
akan ku kecapi saat gemilang
melakar kejayaan
bersamamu teman
tapi
wajarkah aku menanti suatu yang tidak pasti?

Maafkn aku teman
aku tak berupaya mengiakan kata hati
aku tak berdaya menafikan takdir Ilahi
sesungguhnya
aku takut mencipta ria
aku tak sanggup mengukir bahagia
kelaknya mendatang hiba
kesedihan meragut bahagia

Maafkan aku teman
hadirku hanya sekejap cuma
pergiku hanya sekelip mata
senyumlah
relakan ku pergi
jangan ditangisi pemergian ku ini
kerana
aku redha dengan takdir Ilahi
moga di sana kutemui
kebahagian sejati....

Wednesday, August 11, 2010

~~~Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Al Mubarak.~~~

(Sabda Rasulullah S.A.W) "Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup segala pintu-pintu neraka serta belenggu segala syaitan"
Besok bermulanya hari pertama umat Islam menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang penuh kemuliaan, di bulan ini dibukakan pintu kemaafan buat kita semua dan pintu2 Syurga terbentang luas. Jadi marilah kita sama2 menunaikan ibadah agar kita tidak tergolong pada golongan yang sentiasa dlm kerugian. Sesungguhnya ibadat kita pada bulan ini, diberi ganjaran yang berlipat ganda. Maka amatlah rugi bagi orang2 yang lalai dalam menjalankan ibadah mereka.

Bulan Ramadhan cukup menggamitku pada suasana kampung halaman, kerinduan pada ayah bonda, keriuhan solat Taraweh, keseronokkn anak-anak kecil yng bermain mercun, keindahan lampu2 mnyak tanah yang mula menghiasi laman. Ah!! betapa seronoknya berpuasa di kampung, pasti teringat kelazatan kuih muih, lauk pauk masakan mak..huhu, yang pling sedapnya sup tulang, air asam perut, dging msak kicap, ayam bakar..Wow!!! mak........rindunya aku mau pulang.. Keheningan pagi yang mendamaikan, hingga kadang2 aku terus leka tido. mak pulak mnyiapkan juadah bersahur, 2/3 kali kejut baru la nk bngun, hehe..tp sempt gak la aku tlng buat air..hehe.. Hmm..itu dlu la..

Sekarang bila dh merantau jauh ni, semua benda kena lah kia buat sendiri, dari berbuka hingga la bersahur. Berdikari katakan!! hehe.. Puasa tahun ini, aku berazam tuk menambahkn ibadatku kepada-NYa, semoga terbuka pintu kemaafan buatku. Tidak ingin terus terbelenggu, moga sinar Ramadhan membuka pintu hati kita, mempermudahkan segala amal ibadat kita, diberi ketenangan hati. Ramadhan kali ini agak kesunyian, namun akan ku terus menikmatinya dengan izin dari-Nya.

Tuesday, August 10, 2010

Pujaan Hati



hei pujaan hati apa kabarmu

ku harap kau baik-baik saja
pujaan hati andai kau tahu
ku sangat mencintai dirimu

hei pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan

* hei pujaan hati, pujaan hati
pujaan hati, pujaan hati

reff:
mengapa kau tak membalas cintaku
mengapa engkau abaikan rasaku
ataukah mungkin hatimu membeku
hingga kau tak pernah pedulikan aku

cobalah mengerti keadaanku
dan cobalah pahami keinginanku
ku ingin engkau menjadi milikku
lengkapi jalan cerita hidupku

hei pujaan hati, pujaan hati

hei pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan

(lirik lagu kangen band-pujaan hati)

Monday, August 9, 2010

Ketetapan ILahi

Aku minta kepada Tuhan...
Setangkai bunga segar....

Ia beri kaktus berduri...
Aku minta kupu-kupu...
Diberi ulat berbulu...
Aku sedih dan kecewa...

Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali...
Dan ulat itu pn menjadi kupu-kupu yang cantik...
Itulah jalan Ilahi...
Indah pada masanya...

Allah tidak memberi apa yang kita harapkan...
Tapi ia memberi apa yang kita perlukan...
Kadangkala kita sedih, kecewa dan terluka...
Tapi jauh diatas segalanya...
Ia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita...