Monday, December 26, 2011

BILA JODOH TAK KUNJUNG TIBA

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Jodoh, rezeki, dan ajal maut adalah rahsia Allah. Hanya Allah yang berhak menentukannya. Manusia hanya berusaha semaksimal mungkin, baik secara lahiriah atau batiniah. Namun, jika berbagai usaha tlh kita tempuh namun belum mendapatkan titik terangnya,berdoa, ikhtiar dan bersabarlah... cepat atau lambat sang pujaan hati kan datang...;)..

Saudaraku... berdoalah dengan tiada henti, mengetuk pintu Arsyi, meminta dengan kebeningan dan kerendahan hati, mengakui kelemahan diri. Memohon agar diri ditemani sang pujaan hati agar hidup didunia kan kian bererti. Jangan lelah, jangan lemah saudaraku.. teruslah berharap dengan doa dan ikhtiar, yakinlah Allah memiliki cara terindah untuk mempertemukannya...

“Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiimi. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

“Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibatu amrii, faqdirhu lii wa yassirhu lii tsumma baariklii fiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii fashrifhu annii fashrifni ‘anhu waqdir liyal khaira haytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir”.

" Ya Allah pilihkanlah untukku dgn kekuantan ilmu-Mu, tentukanlah utkku dgn kehendak-Mu, Aku meminta kemurahan-Mu yg sangat luas, kerana Engkaulah Maha mengetahui apa yg tidak aku ketahui dan Engkaulah yg paling tahu hal2 yg ghaib. Ya Allah, jika ssuatu itu menurutMu baik bgi diriku, kehidupanku dan kesudahan perkaraku, maka pilihlah dia untukku dan mudahkan dia bagiku kemudian berkahilah dan seandainya ini menjadi malapetaka bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan perkaraku maka jauhkanlah dia dariku sejauh-jauhnya, dan berikanlah aku kebaikan dimana saja berada dan ridhailah aku karenanya (HR. Bukhari)."

Selain itu kita bleh mengamalkan do’a agar diberi jodoh dan keturunan yang baik, spt berikut:

Rabbi laa tadarnii fardan wa anta khairul waaritsiin. ( Ya Rabbku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah pewaris yang paling baik)( QS. Al-Anbiya : 89)

Namun jika tak kunjung tiba juga, mintalah ampun kepada Allah. Barangkali kesulitan itu karena dosa-dosa kita di masa lalu yang belum sempat kita bertaubat. Atau barangkali bisa jadi Allah sangat mencintai kita dan Dia menginginkan agar kita mendapatkan jodoh yang paling tepat dan waktu yang paling indah menurut-Nya..

Sunday, May 29, 2011

Terlanjur aku

Terlanjur aku dalam mengenalimu..
Salahkah aku menyanyangimu?
Terlanjur aku menyanyangimu..
Salahkah aku mencintaimu?
Terlanjur aku mencintaimu..
Salahkah aku merinduimu?
Salahkah aku memujamu?
Salahkah aku membahagiakanmu?

Aku ada sekeping hati..
Janganlah dirampas kiranya untuk disia-siakan,
Kiranya hanya untuk disakiti..
Kiranya untuk dilukai..

Wednesday, May 11, 2011

Dari kerana mata....

"Dari kerana mata yg mmpunyai 'kuasa', aku tergoda terkecewa..."

Teringat dengan bait2 lagu ni, hmm.. betol ke mata mampu mangubah segalanya? betul ke mata yang merungkai segalanya. emm, ntah la aku sndiri pn belum pernah mencari tafsiran ttg mata ni. mungkin kalian semua sedikit mengetahuinya, namun bagi aku dari mata kita dapat mengetahui tentang pemiliknya. mungkin hatinya tak mampu kita terokai, tapi takut jgak mana la tau mata pn pndai menipu..

Pertama kali terpandang matanya, mataku seakan kaku malah hatiku berdebar malah leh plak berkata-kata dialah jodohku.. Aduh gilakan? mana la aku kenal dia masa 2 leh lak sesuka ati aku je ckap gitu. Aku kenal la dia sape tapi mksudku tak kenal rapat, tu pn borak kat tmpat keje, masa tu mana la kenal rupa lg dh semua ttp, mata je mmandang. firt 1 tgok muke dia..hmm, dh 2 tu dia lak siap dua kali tegok, mgkin xprasan lg aku ni sape.. terus senyum.. lucu lak bila teringat masa ni. tapi masa xleh nk berputar balik mcm roda impian 2..huhu.. Masa tu juga la aku prasan dia la orang yg aku tegok masa kat parking motor ari 2, masa tu aku suka la tegok mamat ni sbb dia suka pkai beg galas.. mmg favourite aku la laki pkai beg galas ni.. xtau lak dia jugak la lelaki 2..

Dari kerana mata ni jugak la, buat diri aku jadi xkeruan.Dah mcm ayam berak kapur, huhu. Aku pn tak tahu la, mcmana aku leh rapat nga dia, seigat aku la. first time aku betol egok dia, bila kawan budak tmpat keje aku tu cuba mengusik kami. Masa tu aku baru selesai buat keje aku, tggal nk tulis je dlm buku keje n isi form tu, lngsung aku xprasan pn mamat tu, mklum la kononnya xmahu kenal rapat nga semua pekerja2 lain. Tengah2 dok menulis tu la, budak ni dok ckap nga aku dpan dia2 skali. " eh, mamat ni kim salam kat ko la".. aku msa tu cuma menjeling skdar sekilas pndang je.. tp sempat jugak la aku jwab.
" oh, yeke.. walaikumsalam, dh depan2 nape xckp sndiri.." hmm, aku biarkan saje jawapan begitu, lalu meninggalkn mereka, bg meneruskan tugasan.

Macamana yang aku xperasan pun kau wujud masa tu, rasanya xpernah tegok, atau aku yg buat xtahu. Entah la,dari hari tu kau mula meneggur ku,kita mula berbual bicara. Aku pn xtahu mcmana aku leh mesra dan selesa bila bercakap dgn mu, ntah mgkin sifat mu yg lebih matang. Padaku biar la, perjalanan ini dihiasi dengan redup pepohon.Dah lama cerita ini bermula, sekarang banyak yang telah berubah. Kau atau pn aku, hmm banyak yang membezakannya. Masa semakin beredar, kau dan aku masih disini, membatukan diri, menyepikan bicara hati, membiarkan semua berlalu tanpa mengharapkan ianya kembali. Oh sukarnya! sukar dimengerti hidup ini. Tiada apa yang ku nanti dihariku, hanya ingin melihat sepasang matamu, tanpa melihatnya jiwaku cukup resah. Biar la jika kau tidak mengerti, biarla kau mendiamkan diri,biar la jika kau tidak menyukai, tapi izin la ku mengintai dari sudut tirai hati ini. Maafkan ku memungkiri janji, tidak ku mengerti kehendak hati ini. Sungguhpun ku redha akan ketentuan ini, dengan melihatmu bahagia sudah mencukup

(19/5/2011)

Tadi, tika mataku terpandang matamu, lama.. Hatiku seakan kaku,beku di situ jantungku pula berdegup kencang, masa seakan terhenti disini. Pandangan apakah ini? Mata itu, mata yang sering ku impikan agar sentiasa memandang diei ini, tapi kenapa kali ini pandangan mata itu berlainan. Mata itu bulat memandang tajam padaku, tiada lagi mata redup, mata ceria yang sentiasa memancar sinar buatku. Tiada kutemui cahaya itu dari matamu.

Sungguh aku takut pada pandangan itu, sekilas terus aku meleparkan pandanganku ke arah lain, tidak sanggup rasanya sungguh aku tidak sanggup. Ya Rabbi, berikan hambamu ini kekuatan. Aku masih kaku tegak berdiri disitu, aku sprti tidak tahu uintuk berbuat apa2. Setelah kurasa kelibat mu sudah tiada disitu, aku cuba mengerakkan badanku rapat ke belakang, mengelak dari pandangan orang disebelahku,aku cuba mencari kekuatan ku gengam kerusi yang berada dibelakangku, lantas ku duduk mendiamkan diri, hatiku terpana, jiwaku kacau debaran jantung ini masih terasa. Ingin sahaja aku mengusap dadaku untuk menghilangkan sedikit debaran, tapi takut pula orang lain disebelah aku perasan dgn tindakan ku nanti. Tidak pernah sepanjang hidupkuaku merasa sebegini.Ya Allah, terkejutkah aku? tapi kenapa sampai begitu sekali, sedangkan sbelum iitu aku dapat merasakan kau sudah berada disitu. Aku memalingkan pandanganku sekadar untuk mendapatkan kepastian je.

Mataku mula berkaca, hatiku tiba-tiba sebak, sesak rasanya nafas ini air mataku sudah menunjukkan tanda2 mahu keluar. Ya Allah ya Tuhanku, beriku kekuatan dalam menghadapi situasi ini. Aku tidak boleh menangis, dia xboleh melihatku dlm keadaan begini. Egokah aku? lagipun apa kata orang lain bila melihat keadaan aku nanti. Aku tidak boleh menunjukkan kesedihanku. Kesedihan? sedihkah aku? entahlah!! aku pn xtahu kenapa denganku.

Aku mula mencari kekuatan ku tarik nafas sedalamnya, ku cuba bertenang tapi masih mendiamkan diri bagi menghilangkan debaran ini. Aku tidak boleh lama begini, nanti takut pula orang syak. Ku cuba menyambung kembali kerja2ku, namun kurasakan jiwaku kosong, fikiranku entah kemana perginya, hanya jasadku masih disini melakukan tugas ku.Apakah maksud pandangamu itu, marahkah kau padak? tapi kenapa atau ia hanya sekadar pandangan biasa. Tapi kenapa pula denganku, aduh sukar dimegerti..Ah! matamu itu membuaku tak keruan. Jam telah menunjukkan waktu untukku pulang, setelah aku sedikit tenang ku mengatur langkahku. Aku cuba buat seperti biasa2, senyum.. tapi kan bukan orng boleh nmpak pn. Apa la aku ni.

Sepanjang perjalanku ke tempat parkin, kepala ini tidak henti2 memikirkan apa yg telah berlaku padaku, apa yng berlaku pd kita. Kenapa? kenapa begini jadinya. Apakah perasaan ini? Aku terus hidupakn enjin kereta, takut jugak kalu tiba2 kete ni buat 'peragai' di Blik. Fuh! Alhamdulillah ok, lama aku disitu.

Aku masih memikirkan dirimu, tentang kejadian tadi. Air mataku xdapat dibendung lagi, kalu tadi boleh la aku tahan, tapi kali ni laju je dia mengalir. Aku menangis semahuku. Tapi untuk apa, aku sendiri tidak pasti, yg aku tahu ketika ini, aku ingin sekali melepaskan rasa sebak dihati ini, telah terbuku lama sejak dulu, sudah tiada kekuatan untuk diri ini.. kenapa begini? Sedangkan hakikatnya telah ku ketahui, telah kau nyatakan tak lama dulu. Ini semua salahku, kenapa diri ini tidak mengerti, kenapa jiwa ini masih menanti, kenapa hati ini sering mengingkari, kenapa fikiran ini hanya mengingati....

" keunggulan cinta dari sinar mata yang bergelora, kasih ditaman berbunga, satu impian satu harapan..."

Perlukah aku bagitau dia tentang perkara ini, tentang apa yg berlaku, tentang apa yg melanda hatiku kala ini. Tentang perasaaku, tapi untuk apakah.. untuk apa lagi, bukanya dia xtahu malah mungkin lebih arif, cuma buat2 tak tahu. Ah! sukar untuk aku memahami dirimu, telah kucuba. Masih keraskah hatimu?

OH IBU!!

Ibu..
Seperti udara kasih yang kau beri,
tak mampu ku membalasnya..

Oh ibu..
ingin aku datang menangis dibahu dan dakapanmu,
hingga aku terlena,
bagai masa kecil dulu..

Ibu...
didoamu kau sebutkn namaku..
sedangkan aku masih lena dibuai mimpi..

Ibu,
sedang kau membanting tulang, menghapuskan peluhmu..
anakmu pula menghabiskan sisa kudratmu itu..
masih layakkah bergelar anakmu??

layakkah aku bergelar anakmu??

Thursday, April 21, 2011

Ayahandaku!

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani..

buat aYahanda terCinta,
AndaInya aku maMpu unTuk meNgukir SeNyummu,
AndaInya aku mampu membelah resaH dihAtimu,
andainYa aKu mampU menghaPus dukamu,
andaiNya aku bisa menghilangKan keSAkitanmu,
Pasti Aku lah insAn yg palINg bAhagia..

Ayahandaku,
mAsih terbaYang Sayu pandaNganmu,
TidaK kau tunjuk sedikit kesaKitanmu,
kau lupa akan rintihan hatImu,
Hanya untuk menghilangkan resahku,

Oh!!! aYahandaku...
mulutku tidak mampu berkaTa,
ungkapan apa yg harus ku nyata,
hatiku tidak lagi bersuara,
hnya mendendangkan lagu duka..

Ayahanda, cepatlah sembuh!!

Sunday, April 3, 2011

Tandusnya Sekeping Hati

Aku meNulis darI kelAm malam ,
hingga terbit sang menTari,
Aku penyair senja yg ketandusan kata,
Mencari sekeping hati yg telah kontang,
untuk ku ubati dengan hilai tawa yg asli,
Dimana dia pengubat duka,
puas ku cari tiada ku jumpa,
tiada asli tiada yang hakiki,
hanya janji 'YA ILAHI',

Sejadah dan Quran menjadi saksi,
kala bersujud pada ILAHI,
Tangisan syahdu mengiringi janji,
bersumpah tidak mengulangi lagi,
atas kesilapan yang telah disedari,
dimanakah aku ditempatkan nanti,
Ampunkan aku hamba-Mu yg kerdil ini.

( TIADA YG NYATA DALAM DUNIA INI... ILA 3/4/11)

Friday, September 3, 2010

PEREMPUAN

Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya

Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…

Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.” Imam Ghazali

Ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…

Ukthiku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan…
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…
Dari hidup dalam kesesatan

Kerana jangan lupa ukhtiku…

Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa
Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan…