Sunday, July 25, 2010

KebAhaGiAn dAlaM PErpisAhan

AnDainya perpisahan ini adalah jaLan KebahagiaAn buat dirimu, akan ku cubA untuk melakar mImPi2 indah mu itu, WaLau terpaksA ku hapuskAn impianku.. Membiarkan kau berlalu, amat memeritkan diri ini.. Melihat langkahmu yg semakin jauh meninggalkan ku, menjadikan diri ini tidak keruan. Engkau pasti tahu itu, kerna setiap kali pertemuan kita, terlalu sukar untuk kita berpisah kembali. Seringkali terasa sebak didada ini, berat sungguh rasa dihati meskipun hanya untuk perpisahan yang seketika.. Apalagi tuk perpisahan ini, terlalu perit tuk ku tempuhi. Namun, harus kurelai, percaya akan takdir Ilahi.


Maafkan ku, sehingga kini aku tidak tahu mengapa terjadi semua ini. Maafkan B kerana tidak memahami diri abang. Sesungguhnya, B seringkali berusaha untuk memahami diri abang. B ingin sekali mendengar cerita2 dri abang, ingin berkongsi segalanya.. tapi abang tdak pernah ingin berkongsi msalah dengan B.. kekandang B rasa B ni tak bernilai buat abang.

B ingin sekali menjadi pendengar setia abang,
B ingin sekali menjadi sahabat pendorong abang,
B ingin sekali menjadi teman dikala abang keresahan,
B ingin sekali menjadi isteri dikala kedukaan,

Tetapi itu semua hanyalah sebuah impian, yang akhirnya kecundang jua ditengah jalan.. Apa daya diri ini, andai ia kemahuan abang. Walau hati tidak pernah berhenti menyebut nama mu, meskipun minda ini tidak pernah berhenti memikirkan tentang dirimu.. Walau berjuta kelukaan terguris dihati ini, seribu kesakitan menghuni dri ini, namun sedikit pun tidak tersimpan kebencian dihati ini. Maha suci Allah, yang menciptakan rasa cinta dihati insan yang bergelar manusia. Moga aku terlindung dari rasa kebencian ini...